Archive for the ‘Aktiviti Keluarga’ Category
Hari Jadi Faiq Yang Pertama
25/12/09 yang lepas genaplah setahun umur Ahmad Faiq Bin Mohd Fazli Izwan. Kami masih berada di KL semasa hari jadi Faiq. Kebetulan Aznor dah habis kursus masa hari tu. Kami pun makan bersama nenek, atuk, mak ngah, pak ngah dan pak busu Faiq di restoran kegemaran pak busu iaitu Cozy House di Great Eastern Mall.
Apa yang spesial tentang birthday Faiq kali ni? Dari saya? Saya kurang sikit bab bagi-bagi hadiah ni. Bagi saya, saya bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana membenarkan kami menyambut hari jadi bersama anak tersayang. Aznor ada belikan baju baru. Nenek Faiq ada beli kek. Mak ngah Faiq belikan kereta baru untuk Faiq. Atuk belikan bola(sebelum hari jadi dah beli dah).
Banyak hadiah-hadiah Faiq yang dibawa balik ke Changlun tapi satu pun tak bawa balik kecuali kek sebab kereta dah penuh. Tinggallah kejap. Nanti kami datang lagi ambil.
Faiq Mandi Kolam Lagi
Dah seminggu saya ada di KL ni. Faiq asyik duduk di rumah saja. Isteri saya, Aznor duduk di apartment di Shah Alam dan balik bila free saja. Di apartment tu ada swimming pool. Bila saya pergi apartment tu, swimming pool mesti kosong(tak ada orang, bukan tak ada air). Jadi saya terfikir nak bawa Faiq mandi.
Pagi tadi tercapailah hasrat saya bawa Faiq mandi kolam. Kali ni kelengkapan mandi semua dah siap beli(sebelum ni pinjam sepupu Faiq punya je). Itu je saya nak cerita kali ni. Hehehe…
Di KL Sampai Krismas
Dah lama saya tak update blog ni. Buat pengetahuan semua saya berada di KL. Di rumah parent saya di Ampang. Isteri saya ada kursus di Shah Alam sampai krismas. Oleh kerana saya pun kerja flexible walau di mana saja berada, saya decide tinggal dekat rumah parent dengan Faiq.
Sepanjang saya duduk di KL ni. Tiap-tiap pagi dan malam saya akan ke Shah Alam untuk ambil susu Faiq. Faiq minum susu badan. Jadi saya kena ambil susu daripada umi dia. Yang tak tahan jalan di KL ni jem je. Tapi boleh jadi tertekan juga kalau tak bergerak. Dah macam-macam jalan saya cuba untuk mengelakkan jem.
Sampai hari ni saya dah boleh agak sikit-sikit waktu dan jalan sesuai untuk memandu. Saya kena cuba cari jalan terbaik sebab saya tak suka jem. Kawan-kawan lama ramai nak jumpa kat KL ni. Tapi saya ada anak nak kena jaga kat rumah. Saya tak boleh keluar berdua dengan anak saya sebab dia tak suka duduk dalam ‘car seat’.
Walaubagaimanapun saya tengah ‘train’ dia sikit-sikit untuk duduk dalam ‘car seat’. Mudah sikit nak keluar jumpa prospek. Setakat ni saya berani bawa dia jalan dekat-dekat je. Dari Ampang ke Shah Alam saya tak berani lagi. Berisiko tinggi. Kalau dia mengamuk, takkan saya nak berhenti kat highway? Menyusahkan orang je nanti.
Anyway saya tengah cuba untuk bertemu dengan beberapa orang kawan di KL ni. Tunggulah ada orang jaga Faiq kat rumah. Setakat ni adik bongsu saya yang jaga Faiq kalau saya ambil susu di Shah Alam. Parent saya kerja lagi. Jadi malam jelah diorang ada untuk jaga Faiq.
Faiq Mandi Kolam
Semalam pagi saya ke rumah abang ipar sambil bawa Faiq jalan-jalan. Faiq seronok kalau pergi rumah abang ipar saya sebab abang ipar ada anak umur 3 tahun. Jadi adalah kawan Faiq nak main. Dalam sembang-sembang kat rumah abang ipar, tiba-tiba dia keluarkan idea bawa anak pergi swimming.
Saya rasa idea tu best juga. Saya pun kata OK lah. Jadi petang semalam saya pergilah bawa Faiq swimming kat UUM. Ini first time saya masuk UUM untuk swimming. Untuk budak-budak murah je rupanya. RM0.50 je. Bolehlah datang lagi. Ini juga first time saya bawa Faiq mandi kolam.
Nak tahu juga apa reaksi Faiq masa mula-mula turun kolam. Pada anggapan saya dia akan takut dengan air kolam tu. Rupanya tidak. Mula-mula masuk kolam dia perhati dulu keadaan sekeliling. Mungkin tak tahu lagi nak main macam mana. Tak lama lepas tu ramai budak-budak turun mandi.
Musim cuti sekolah agaknya. Ramailah budak. Bila Faiq dah puas perhati macam mana budak-budak main air. Dia pun start main air. Punyalah seronok. Saya tak payah main dengan dia pun. Dia main sorang-sorang dah cukup. Kadang-kadang tu Faiq cari juga kawan tapi kawan lari.
Kelakar tengok anak kita nak berkawan dengan orang tapi orang lari. Nampak gayanya lepas ni kena bawa Faiq mandi kolam lagi. Tak adalah dia boring duduk kat rumah.
Baucer Giant RM500
Banyak perkara juga berlaku sepanjang berada di Penang sampailah balik ke Perlis semalam. Antaranya:
1) Tidur di rumah Mama Bedah
2) Breakfast tepi pantai dengan Peja dan family
3) Dapat baucer Giant RM500
1) Tidur di rumah Mama Bedah
Terima kasih diucapkan kepada Mama Bedah kerana menumpangkan saya dan keluarga bermalam di rumah beliau. Rancangnya datang ke Penang ni nak membantu abang ipar saya angkat barang sebab dia nak pindah rumah. Oleh kerana rumah yang baru ni dalam keadaan kelam-kabut(biasalah baru pindah), kami pun decide untuk tidur rumah Mama Bedah.
Sebenarnya memang nak tidur rumah Mama Bedah lama dah. Jadi alasan kali ni amat sesuai untuk digunakan untuk tidur rumah Mama. Mama Bedah ni nama panggilan yang memang popular di kalangan saya dan kawan-kawan. Umurnya dah ….(rahsia, tanya Mama sendiri) tapi semangat macam orang muda. Hehehe… Iklan sikit.
Kami sekeluarga borak sampai 3.30 pagi. Tapi sebab Mama dah janji dengan kawan nak pergi qiamullail, terpaksa stop juga.
2) Breakfast tepi pantai dengan Peja dan family
Malam tidur lewat, pagi tu mulalah liat nak bangun tidur. Tapi sebab dah janji dengan Peja nak pergi breakfast kat tepi pantai. Bangun juga. Mungkin idea Peja kali ni saya tak pernah buat, jadi seronok juga bila dia beritahu nak breakfast tepi pantai. Mama Bedah pun join sekali walaupun mata tu agak berat selepas ber’qiamullail. Mama ROCK lah katakan(kalau Mama baca ni dia marah tak?). Hehehe..
Ramai juga yang terlibat dalam aktiviti breakfast tepi pantai ni. Saya, Aznor, Faiq, Peja, Baya, Aqil(anak Peja), Mama Bedah dan mak mertua Peja(atau mak Baya). Seronok juga ada 2 family berkelah. Bila dah lama tak jumpa, macam-macam nak cerita. Baya pun sarat mengandung, tak lama lagidapatlah baby no. 2 tu.
Dalam Gambar : Mama Bedah(bertudung hitam), Aqil(tak puas hati dengan cameraman kot), mak mertua Peja atau mak Baya(wanita bertudung biru), kaki Aznor sebelah kiri
Selepas berkelah ni kami pergi rumah abang Aznor untuk tengok-tengok apa yang boleh ditolong. Tak ada tolong apa sangat sampai sana. Makan dan tidur saja sambil biar Faiq main dengan atuknya. Lepas dinner, kami pun balik.
Faiq Ceria Main Dengan Atuk
3) Dapat baucer Giant RM500
On the way balik kami singgah di Sg. Petani untuk ambil baucer Giant yang telah diredeem dari bisnes ceramic. Baucer ni telah diredeem sebelum sebelum puasa lagi tapi asyik tangguh je. Lepas raya baru ambil. Bolehlah shopping barang keperluan untuk pindah rumah.
Ini adalah baucer ketiga saya rasa selepas saya join ceramic hampir setahun. Bisnes ni mudah, tapi modal tinggi. Bisnes ni yang memberanikan saya untuk berhenti kerja. Selain income dari bisnes mymode(prepaid), tak ada income lain lagi setakat ni. Yang pastinya projek bisnes akan bertambah.
Dah ambil baucer kami pun terus balik ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 12 lebih(bukan tengahari tapi pagi).
Begitulah ceritanya…
2K : Kemas Rumah, Kenduri
Hujung minggu dah menjadi perkara biasa saya di rumah mengemas rumah. Kalau tak ada di rumah macam mana nak kemas rumah ye tak? Mengemas rumah hujung minggu dah jadi perkara wajib pada saya dan keluarga. Kalau tak kemas nanti, rumah ni akan nampak macam tongkang pecah. Siapa yang dah datang rumah tahulah keadaan rumah saya macam mana.
Tak perlu saya letakkan gambar di sini. Saya dah check dalam photo album tadi tapi tak ada gambar yang sesuai untuk menggambarkan keadaan rumah saya ni. Lagipun kami akan berpindah dalam sebulan atau 2 bulan lagi sebab baru beli rumah baru. Jadi tunggu rumah barulah baru saya tangkap gambar. Itu pun selepas rumah baru tu habis kemas.
Rumah saya sekarang ni memang kena kemas tiap-tiap minggu. Antara sebab-sebabnya:
1) habuk banyak
2) sawang banyak
3) Faiq suka sepahkan barang
Sebab (1) dan (2) senang je nak selesaikan. Sebab sekali kita dah bersihkan habuk dan sawang tu, dia akan ambil masa untuk datang balik. Tapi berlainan dengan sebab (3). Bila kita kemas, Faiq keluarkan balik. Kemas lagi, Faiq keluarkan balik. Macam tak berkesudahan.
Jadi saya buat cara sendiri. Biarkan rumah bersepah selama seminggu. Yang bersepah tu semua hasil dari mainan Faiq. Memang saya biarkan bersepah je. Sebab esok dia boleh main mainan yang sama di tempat yang sama. Kecuali kalau ada orang nak datang, saya akan kemas. Jadi rajin-rajinlah datang ke rumah supaya lebih rajin lagi saya mengemas rumah.
Bila sampai hujung minggu saja, saya akan pulun bagi kemas satu rumah. Sekemas-kemasnya. Biasanya tak lama gak. Petang tu Faiq dah mula balik projek dia. Biarlah. Yang penting pagi sampai petang tu saya nampak rumah saya kemas sekali dalam seminggu cukuplah. Siapa yang ada anak kecil-kecil, bersedialah bila anak dah mencapai umur 8 bulan ke atas.
Lepas habis kemas, kami pergi kenduri di rumah Mak Andak kawan kami dengan panggilan glamour Ejay. Di sana sempat juga bersembang dengan kakak Ejay yang baru melahirkan anak. Syukur anak dan ibunya sihat saja. Oleh kerana kami tiada di rumah petang semalam, Faiq tak dapat mengemas rumah.
Kami balik rumah pun dah lewat petang, waktu tu Faiq pun dah letih. Saya mandikan dia. Lepas dia minum terus tidur. Jadi kekemasan rumah kami masih lagi terpelihara buat sementara waktu. Tunggu je lah dia bangun tidur nanti. Macam-macam yang akan Faiq buat. Semua sudut dalam rumah ni dia explore.
Selalu saya biarkan saja. Saja nak biarkan budak belajar sendiri. Kita nak ajar dia tak nak. Dia lebih suka belajar sendiri. Macam abahnya kot. Hehehe… Saya sambung lagi kemudian.
new skill..advertise your oppo…
new skill..advertise your opportunities to our database of twitterers http://tinyurl.com/oet6n4














