Mari Bersantai Dengan Blogging
9 Oct
Sekarang ni saya baru balik dari main futsal. Saya pergi main lewat sikit tadi sebab isteri saya ada lab yang perlu dijaga. Urusan penjagaan Faiq diserahkan Ummi dia. Takkanlah Faiq nak tengok Abah dia main futsal. Mula-mula decide tak nak main hari ni sebab isteri ada lab.
Tapi sebab semalam kawan-kawan cerita orang tak cukup, saya pun cubalah sedaya upaya datang. Jadi dalam hal ni saya dan isteri bertolak ansur dalam urusan penjagaan Faiq.
Saya datang futsal dalam pukul 9 malam. Diorang start main pukul 8 malam. Saya lewat 1 jam. Sampai saja semua teammate kata asyik kalah je. Macam team belasahan.Jadual main dari pukul 8 malam sampai 10 malam. Jadi saya ada satu jam lagi untuk main. Baru saja main, diorang panggil suruh tukar court.
Sebab diorang tempah court lain-lain. Pukul 8 sampai 9 malam court lain. Pukul 9 sampai 10 malam court lain. Nak buat macam mana? Semua dah full book. Court lain-lain pun jadilah. Asal main. Court yang kedua ni kecil sikit. Bagi saya tak apalah. Asal main. Teammate panggil court yang kecil ni court badi. Sebab selama ni main kat situ asyik kalah je.
Tapi hari ni memang bukan badi. Daripada jadi team belasahan kat court mula-mula main tadi, kat court kecil ni kami mula menang. Dalam game kali ni ada 3 team. Jadi diorang buat peraturan team yang menang kena stay. Saya rasa kami menang lebih dari 5 kali berturut-turut.
Nak kata tak penat, saya rasa semua teammate penat waktu tu. Tapi macam mudah je dapat gol. Hampir sejam tu memang court tu di’conquer’ oleh kami. Sepandai-pandai tupai melompat, jatuh ke tanah juga. Akhirnya kami pun berjaya dikalahkan pada minit-minit akhir sebelum pukul 10 malam tu.
Kami keluar dari court tu dengan senang hati. Sebab semua dah tak larat nak main. Kami biarkan 2 team yang tinggal tu main sampai habis waktu. Semua orang dah buka kasut. Saya pun kena balik awal sebab nak ambil isteri di UniMaP Kubang Gajah. Cukuplah setakat ni cerita pasal futsal.
Komen Terkini