Archive for the ‘Buat Duit’ Category
Produk Digital Pertama
Dah lama saya tak update blog ni. Saya memang sengaja menyendiri sebab baru siapkan projek pertama saya sebagai usahawan internet. Kalau saya update je blog. Takut tak siap kerja. Banyak nak diupdate dalam blog tapi demi menjaga disiplin masa, saya gagahkan diri habiskan kerja saya.
Saya baru siapkan satu ebook dan boleh didownload secara percuma. Laman web dia pun saya yang buat. Tajuk ebook saya ni Panduan Usahawan Prepaid. Saya dah menjual prepaid selama lebih 2 tahun. Jual prepaid ni mudah tapi tak ramai yang lama dalam perniagaan prepaid sbb margin keuntungan dia kecik.
Permintaan prepaid mmg tinggi. Jadi dalam panduan tu saya buka sikit minda macam mana kita nak jadikan prepaid sumber pendapatan yang lumayan. Kalau nak membentuk perniagaan, yang penting istiqamah, sabar. Kalau nak buat duit, biasanya duit tu dapat byk tapi kejap je.
Buat duit adalah berbeza dengan perniagaan. Biar duit masuk sikit tapi berterusan. Bak kata pepatah ‘Sikit-sikit, Lama-lama jadi bukit’. Jemput download ebook saya ni. Percuma je. Panduan Usahawan Prepaid.
Beli DVD Player Percuma
DVD Player Percuma
Tajuk post kali ni macam pelik sikit. Macam mana beli DVD Player tapi percuma? Pada post sebelum ni saya ada menceritakan saya menyertai bisnes ceramic milik Ceramic Business Focus Berhad. Jadi dalam bisnes ni saya dapat menebus baucer Giant sebanyak RM500.

RM100 daripada nilai baucer tersebut saya telah hadiahkan kepada mak saya ketika balik KL minggu lepas. Pada saya tentulah tinggal RM400 je. Daripada Rm400 ni saya dengan isteri dah rancang dah nak beli apa. Di Perlis tak ada Giant jadi kami terpaksa berjalan jauh ke Alor Setar.
Sampai di Giant terus saya pergi ke area yang jual DVD player. Kebanyakan harga yang saya nampak murah-murah. Bila murah ni dalam hati saya fikir “Berkualiti tak DVD player ni?”. Murah yang saya maksudkan bawah RM200(sebab ingat nak beli DVD player RM200 lebih).
Jenama lain saya tak berapa minat. Tapi bila tengok jenama Samsung, harga RM169, saya amik dan terus masuk dalam troli. Ada juga beli barang-barang yang lain. Tak tau nak beli apa dah. Ingat nak habiskan baucer tu malam tu gak. Jadi kita simpanlah dulu baucer tu. Ada balance RM150 lagi setakat ni.
Saya nak beli DVD player ni sebab VCD player kami yang lama dah rosak dah. Kami nak guna DVD player sebab kami ada beli CD untuk Faiq belajar. Mahal harga set CD tu, RM2590. Rasa rugi pula kalau tak dapat manfaatkan CD tu. Jadi kenalah juga beli DVD player yang baru.
Sampai rumah saya test, gambar kat TV pula tak ada warna. Ingat DVD player tu ada masalah. Setelah saya check rupanya port ‘video-in’ untuk TV tu dah rosak. TV tu pun dah lama sangat. Ada seorang sahabat gelakkan kami masih lagi pakai TV tu. Tak apalah. Nampak gaya kena tukar TV baru jugalah.
Baucer Giant yang belum saya tebus ada RM1000 lebih sikit lagi. Lepas tebus mungkin beli TV agaknya. Jika ada yang berminak join ceramic atau nak tau info pasal ceramic bolehlah isi nama, e-mail dan nombor telefon dalam borang di bawah. Saya akan contact anda semula nanti.
HPA Dah Ada Deodorant
Semalam saya nak pergi ke stokis HPA Cawangan Kangar untuk dengar talk mengenai HPA. Dan isteri saya juga pesan untuk beli beberapa barang dapur di rumah. Memang kebanyakan barang-barang dapur saya beli dari HPA. Saya ni ahli HPA lama dah.
Saya bukannya jenis cari orang sangat. Cuma rajin menggunakan produk. Produk HPA ni pun memang bermanfaat terutama yang melibatkan organik. Yang paling rajin saya beli selalunya ayam organiklah. Saya tak pandai sangat nak mendefinisikan perkataan organik ni.
Tapi apa yang saya tahu ianya baik untuk badan kerana tiada bahan-bahan yang bukan organik di dalamnya. Apa yang saya faham bahan-bahan organik ni mudah diuraikan oleh badan dan ianya tidak merbahaya dan merosakkan badan.

Salah satu contohnya ayam organik berbanding ayam yang disuntik dengan hormon. Saya pernah pergi ke Jawi Herb Shop di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan. Kata En. Hafiz(orang yang memberikan rawatan di sana), makan ayam yang disuntik tu boleh mengganggu sistem pencernaan.
Siapa yang suka makan ayam dan selalu sakit, mungkin pernyataan saya di atas tu boleh dijadikan rujukan. Kenapa saya katakan rujukan? Sebab sakit kita ni bukan datang dari ayam tu saja. Mungkin macam-macam lagi yang kita makan sebelum ni yang menjadi punca penyakit.
Sejak dari tu memang saya makan ayam organik saja. Sekali-sekala makan ayam biasa. Itupun kalau dihidangkan oleh mak sendiri, mertua dan juga jika di rumah orang. Kalau orang memberi saya tak menolak. Yang penting niatnya ikhlas.
Berbalik kepada tajuk post saya kali ni. Tengah shopping kat stokis, saya terpandanglah deodorant keluaran HPA. Sebelum ni saya tak pernah nampak. Saya sebelum ni kurang berminat memakai deodorant. Tapi sebab keluaran HPA, nak juga saya cuba.
Deodorant ni fungsinya pada saya untuk hilangkan bau peluh saya je. Saya ni kuat berpeluh. Tapi saya rajin tukar baju supaya isteri saya tak cakap saya ni ‘asyam’. Ada juga saya baca orang yang kuat berpeluh adalah untuk mengeluarkan toksin yang banyak dalam badan. Mungkin badan saya banyak toksin kot.
Jika ada yang berminat mengenai HPA ni. Bolehlah isikan nama, e-mail dan nombor telefon anda dalam borang di bawah. Segala maklumat anda saya simpan dan saya tidak akan bocorkan kepada orang lain.
MLM Mana Yang Dikatakan Haram
Post kali ni mungkin akan menjadi sedikit kontroversi kepada penggiat MLM tanah air. Tapi saya bukannya nak perlekeh orang-orang MLM. Cuma di sini saya nak utarakan pendapat saya mengenai MLM. Idea untuk menulis post ini setelah saya memberikan komen di Rohaizad.com mengenai artikel beliau yang berkaitan dengan MLM.
Saya telah ditanya oleh seorang sahabat. Sahabat saya ni saya tak berapa kenal secara nyata. Kami berkenalan secara maya saja iaitu melalui yahoo messenger. Mula berkenalan dengan beliau semasa beliau ingin membeli VCC dari saya. Sejak itu kami selalu gak bersembang di YM.
Dia berkata dia telah bertanya pada seorang ustaz tentang hukum MLM. Maka ustaz tersebut menjawab haram. Jelasnya kerana ada hadis nabi yang mengatakan jika terdapat lebih daripada 2 akad dalam satu urusan jual beli, maka ianya haram(lebih kurang macam ni lah maksudnya).
Jadi sahabat saya memberikan contoh beliau ada sebidang tanah untuk dijual. Dia mengupah seorang ejen untuk menjual tanah beliau. Jika ejen itu mengupah seorang ejen yang lain untuk menjual tanah tersebut, urusan jual beli itu tidak sah dan ianya haram.
Jadi saya mengeluarkan contoh saya pula. Katakan saya ni seorang nelayan. Setelah mendarat di pantai, saya mencari pemborong untuk menjual ikan-ikan saya. Dan pemborong pula pasti akan mencari penjual untuk menjual di pasar atau di kedai-kedai.
Pemborong tidak mungkin menjual kepada penjual sama seperti harga yang dibeli dari nelayan tadi. Sudah pasti pemborong akan rugi sekiranya dijual pada harga beli. Penjual juga tak mungkin menjual kepada pembeli sama harga seperti mereka beli pada harga borong.
Jadi di sini juga terdapat 2 akad. Yang pertama sekali ialah antara nelayan dan pemborong. Yang kedua ialah antara pemborong dan penjual dengan ikan yang sama. Adakah ianya haram? Saya tak pandai jawab tapi ini adalah persoalan saya. Mungkin anda boleh menjawab.
Saya akan kupas sedikit tentang MLM atau Multi Level Marketing mengikut pemahaman saya. MLM adalah satu konsep marketing atau pemasaran. Jadi kita harus faham ianya bukanlah program buat duit. Tapi oleh kerana telah dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu, ianya seakan-akan skim cepat kaya.
MLM adalah salah satu konsep pemasaran yang termurah masa kini dan ianya juga berkesan dalam menghasilkan jualan. Kenapa saya kata begitu? Kerana melalui MLM setiap ahli diberikan peluang untuk menjual produk syarikat dan komisen akan diberikan setiap kali jualan dibuat.
Dengan peluang ini sudah pastilah setiap ahli akan berusaha untuk mendapatkan pendapatan melaluinya. Jika kita lihat pada syarikat yang tidak menjalankan konsep MLM, mereka mempunyai pegawai pemasaran masing-masing. Pegawai pemasaran ini bertindak untuk memasarkan produk syarikat dengan harapan akan ada pembeli nanti.
Pegawai pemasaran ini telah digaji dan setiap perbelanjaan pemasaran adalah ditanggung oleh pihak syarikat. Pegawai pemasaran tersebut tidak mengeluarkan duit poketnya pun untuk pemasaran malah ianya menggunakan duit syarikat. Mungkin jika jualan terhasil pegawai tersebut juga menerima komisen(bergantung kepada perjanjian antara pihak syarikat dan juga pegawai tersebut).
Bukankah perkara ini akan merugikan syarikat? Kita lihat kembali perbelanjaan syarikat:
1) menggaji pegawai pemasaran dan pekerjanya
2) kos pemasaran atau pengiklanan
3) komisen diberikan kepada pegawai pemasaran yang berjaya hasilkan jualan(sekiranya ada)
Jika kita lihat dari sudut MLM pula. Setiap ahli perlu melakukan pemasaran untuk menjana pendapatan dan kos pemasaran semua ditanggung oleh ahli tersebut. Malah ahli tersebut tidak digaji pun malah kena keluarkan belanja untuk beli produk lagi untuk melayakkan mereka menerima komisen.
Jadi bezakan dengan syarikat yang mempunyai pegawai pemasaran tadi dengan konsep MLM.
1) ahli yang melakukan pemasaran tidak digaji
2) kos pemasaran atau pengiklanan ditanggung oleh ahli
3) komisen diberikan kepada ahli yang berjaya melakukan jualan(sama ada guna sendiri atau menjual kepada orang lain)
Bayangkan sekiranya syarikat yang berkonsepkan MLM mempunyai 1000 orang ahli. Pastinya lebih banyak produk terjual berbanding 10 orang staf yang melakukan pemasaran tanpa konsep MLM. Konsep MLM ini juga menjamin produk dijual secara berterusan tanpa melakukan pemasaran semula.
Terus terang saya katakan membenci MLM yang mementingkan buat duit lebih daripada kelebihan produk mereka. Kerana saya percaya rezeki itu hak Allah dan Dialah yang memberi rezeki kepada kita. Saya menyertai MLM kerana produk. Jika produk bermanfaat kepada saya sudah pastinya ianya bermanfaat kepada bakal downline atau downline saya nanti.
Banyak lagi yang saya boleh ceritakan mengenai MLM ni. Kerana saya sudah menyertai banyak MLM sebelum ini dan saya rasa saya faham selok belok perniagaan MLM ni. Cuma saya tak pandai nak buat duit melaluinya walaupun saya faham selok beloknya. Hahaha…(ketawakan diri sendiri).
Banyak juga MLM yang telah saya lepaskan kerana tiada manfaat pada produk mereka dan saya takut akan menganiaya downline-downline saya nanti. Berikan komen anda yang bernas mengenai MLM ini.

Koleksi Nama Domain
Saya dulu rasa macam susah sangat nak dapat nama domain dot com sendiri. Bila dah start beli produk SmartZul untuk bina blog, saya beli nama domain fazbiz.com. Nak beli nama domain ni kena ada hosting. Hosting ni macam tapak perniagaan kita atau kedai dan nama domain tu macam nama kedai.
Hosting yang pertama saya gunakan adalah NetKL. Tak silap saya ada 2 nama domain saya yang saya letakkan di bawah hosting NetKL ni. 2 nama domain tersebut adalah

1) Fazbiz.com(setakat ni hanya digunakan untuk blog perniagaan)
2) FazliBuatApa.com(digunakan untuk blog suka-suka)
Hosting yang kedua saya pernah gunakan adalah Rawanaz Studio. Ada banyak domain saya letakkan bawah hosting Rawanaz. Antaranya:

1) improductsguides.com(khas untuk produk Clickbank)
2) Senarai1k.com(panduan pemasangan autoresponder percuma)
3) TeknikBinaBlog.com(teknik membina blog dot com sendiri)

4) FazPrepaidTeam.net(domain ni khas untuk autoresponder saya)

Ada lagi satu iaitu GoDaddy. Ini adalah hosting dari luar negara. Ada satu saja domain yang diletakkan bawah GoDaddy iaitu:
1)FazWayForex.com(satu lagi laman web khas untuk produk Clickbank)
Hari ni saya tambah lagi satu daripada Global Domain International atau GDI. Nama domain tersebut adalah:
1) FazBiz.ws(khas untuk bisnes internet saja)

Rasa macam banyak. Tapi kalau kenal usahawan internet yang lain, diorang lagi banyak. Kalau ada nak komen share berapa nama domain yang korang ada pun boleh gak. Bagi meriah sikit blog ni.
Baucer Giant RM500
Banyak perkara juga berlaku sepanjang berada di Penang sampailah balik ke Perlis semalam. Antaranya:
1) Tidur di rumah Mama Bedah
2) Breakfast tepi pantai dengan Peja dan family
3) Dapat baucer Giant RM500
1) Tidur di rumah Mama Bedah
Terima kasih diucapkan kepada Mama Bedah kerana menumpangkan saya dan keluarga bermalam di rumah beliau. Rancangnya datang ke Penang ni nak membantu abang ipar saya angkat barang sebab dia nak pindah rumah. Oleh kerana rumah yang baru ni dalam keadaan kelam-kabut(biasalah baru pindah), kami pun decide untuk tidur rumah Mama Bedah.
Sebenarnya memang nak tidur rumah Mama Bedah lama dah. Jadi alasan kali ni amat sesuai untuk digunakan untuk tidur rumah Mama. Mama Bedah ni nama panggilan yang memang popular di kalangan saya dan kawan-kawan. Umurnya dah ….(rahsia, tanya Mama sendiri) tapi semangat macam orang muda. Hehehe… Iklan sikit.
Kami sekeluarga borak sampai 3.30 pagi. Tapi sebab Mama dah janji dengan kawan nak pergi qiamullail, terpaksa stop juga.
2) Breakfast tepi pantai dengan Peja dan family
Malam tidur lewat, pagi tu mulalah liat nak bangun tidur. Tapi sebab dah janji dengan Peja nak pergi breakfast kat tepi pantai. Bangun juga. Mungkin idea Peja kali ni saya tak pernah buat, jadi seronok juga bila dia beritahu nak breakfast tepi pantai. Mama Bedah pun join sekali walaupun mata tu agak berat selepas ber’qiamullail. Mama ROCK lah katakan(kalau Mama baca ni dia marah tak?). Hehehe..
Ramai juga yang terlibat dalam aktiviti breakfast tepi pantai ni. Saya, Aznor, Faiq, Peja, Baya, Aqil(anak Peja), Mama Bedah dan mak mertua Peja(atau mak Baya). Seronok juga ada 2 family berkelah. Bila dah lama tak jumpa, macam-macam nak cerita. Baya pun sarat mengandung, tak lama lagidapatlah baby no. 2 tu.
Dalam Gambar : Mama Bedah(bertudung hitam), Aqil(tak puas hati dengan cameraman kot), mak mertua Peja atau mak Baya(wanita bertudung biru), kaki Aznor sebelah kiri
Selepas berkelah ni kami pergi rumah abang Aznor untuk tengok-tengok apa yang boleh ditolong. Tak ada tolong apa sangat sampai sana. Makan dan tidur saja sambil biar Faiq main dengan atuknya. Lepas dinner, kami pun balik.
Faiq Ceria Main Dengan Atuk
3) Dapat baucer Giant RM500
On the way balik kami singgah di Sg. Petani untuk ambil baucer Giant yang telah diredeem dari bisnes ceramic. Baucer ni telah diredeem sebelum sebelum puasa lagi tapi asyik tangguh je. Lepas raya baru ambil. Bolehlah shopping barang keperluan untuk pindah rumah.
Ini adalah baucer ketiga saya rasa selepas saya join ceramic hampir setahun. Bisnes ni mudah, tapi modal tinggi. Bisnes ni yang memberanikan saya untuk berhenti kerja. Selain income dari bisnes mymode(prepaid), tak ada income lain lagi setakat ni. Yang pastinya projek bisnes akan bertambah.
Dah ambil baucer kami pun terus balik ke rumah dan sampai lebih kurang pukul 12 lebih(bukan tengahari tapi pagi).
Begitulah ceritanya…
Pengiklanan PPC Untuk Perniagaan Mymode
Hari ni topik lain sikit saya nak cerita. Saya nak cerita bagaimana saya boleh menjana pendapatan dengan perniagaan mymode. Mymode adalah satu sistem perniagaan berasaskan prepaid handphone. Saya dulu masuk mymode sekadar suka-suka. Tak serius pun untuk menjana pendapatan.
Tapi sebab saya adalah pengguna prepaid, jadi saya guna mymode sekadar untuk mudah top up tanpa perlu cari top up. Ada juga jual pada kawan-kawan sikit-sikit. Tapi dalam mana-mana perniagaan prepaid pun , margin keuntungan tidak tinggi. Kalau takat jual RM300 sebulan(saya andaikan dapat jual sehari RM10), saya rasa cukup untuk belanja makan sehari saja.
Jadi saya lakukan perniagaan prepaid ni secara santai tanpa tekanan. Tapi dalam santai-santai terfikir juga macam mana nak tingkatkan jualan prepaid ni. Tapi tak adalah sampai tertekan memikirkannya. Jadi dalam perniagaan mymode ini mereka berikan pilihan untuk membina network.
Membina network boleh meningkatkan jualan daripada berniaga sorang-sorang. Contohnya di sini jika kita seorang menjual RM100 sebulan dan ada lagi 9 ejen di bawah kita yang menjual RM100 sebulan, bukankah kita dah berjaya mendapatkan jualan sebanyak RM1000 sebulan.
Bukan mudah untuk mendapatkan jualan prepaid RM1000 sebulan. Yang ada kedai lain cerita. Yang tak ada kedai dan melakukan kerja jual prepaid secara part time? Pastinya sukar. Sekarang ni pendapatan saya melalui mymode cukup untuk membayar belanja prepaid saya setiap bulan. Syukur.
Bonus Mymode Untuk Minggu Pertama Bulan 10
Gambar yang saya tunjukkan adalah contoh sms bonus yang saya dapat lepas bangun tidur semalam. Saya andaikan sekiranya saya dapat bonus RM20 seminggu, saya dah dapat RM80 sebulan. Saya cuma guna prepaid tak sampai RM50 sebulan, itupun termasuk belanja prepaid broadband saya.
Keuntungan macam ni pun saya dapat selepas setahun saya join mymode. Istiqamah sungguh. Huhu… Tapi apa nak dirisaukan. Prepaid adalah satu keperluan yang saya guna setiap bulan.
Saya dapat untung macam ni pun selepas aplikasikan teknik pengiklanan PPC melalui Google Adword. Saya tahu teknik ini selepas setahun berada di mymode. Pengiklanan PPC ni memang berkesan berbanding pengiklanan di laman web yang mengenakan bayaran sehingga RM100 seminggu untuk banner yang kecil.
PPC atau Pay Per Click adalah pengiklanan yang hanya mengenakan bayaran sekiranya iklan kita diklik oleh pengguna internet. Setiap klik itu bernilai antara RM0.14-RM0.18. Saya tak pandai nak terangkan lebih detail bagaimana nilai klik tu dikira oleh Google. Saya cuma spend lebih kurang RM10 sebulan untuk pengiklanan PPC ini.
Pengiklanan PPC ini lebih ekonomi berbanding letakkan iklan di laman web tertentu. Saya nak ajar cara nak guna PPC kat sini panjang sangat nak cerita. Tapi saya ada setup autoresponder untuk mengajar downline mymode saya menggunakan PPC ni. Untuk permulaan memang susah nak faham PPC ni walaupun dah baca panduan.
Tapi selagi kita tak amalkan ilmu yang kita ada. Kita takkan tahu masalah yang akan timbul. Dalam buku tidak akan menyatakan semua perkara kepada kita. Tapi pengalaman tu yang akan mengajar kita. Saya suka mencuba. Bagi saya rugi duit tak apa tapi pengalaman tu tak dapat dibayar dengan duit. Rezeki tu hak Tuhan. Saya percaya yang itu saja.










