Fazli Buat Apa?

Mari Bersantai Dengan Blogging

Archive for the ‘Jaga Anak’ Category

Cabaran menjaga anak ada macam-macam. Bila anak mengamuk, adakah kita juga kena mengamuk? Kadang-kadang saya mengamuk juga bila nampak dia mengada sangat. Hehehe… Tapi biasanya saya akan control sket. Sedikit sebanyak saya akan belajar cara menguruskan kemarahan.

Tapi pada waktu yang sama ia juga adalah komunikasi antara saya dengan anak. Anak saya cuba menyampaikan apa yang dia nak dengan cara mengamuk ataupun merajuk dan lain-lain cara lagi. Tapi bila saya marah dia, ia juga memberi mesej kepada anak saya bahawa saya tak suka dia buat perangai macam tu.

Bagi saya cabaran paling besar adalah bila susu dah habis. Oleh kerana anak saya minum susu badan saja, jadi bila susu habis saya terpaksa fikirkan cara lain untuk menenangkan dia. Marah dia sebab susu dah habis tak akan berkesan. Sebab mesej yang disampaikan oleh anak saya jelas iaitu dia nak susu.

Sejak beberapa bulan ni, susu makin kurang. Mungkin sebab ummi dia pressure kat tempat kerja ataupun tidak sihat akan mengganggu penghasilan susu badan. Mungkin juga umur Faiq yang semakin meningkat menyebabkan susu makin kurang. Ni saya kurang pastilah. Kena tanya pakar. Tapi itulah pandangan saya.

Apa yang akan saya buat bila susu tak ada? Antara yang saya lakukan:

1) bagi anak makan nasi goreng yang saya masak walaupun tak berapa sedap, tapi anak saya suka makan nasi goreng saya

2) bakar roti dan sapukan dengan planta

3) bagi dia makan apa saja yang kita nampak sesuai untuk dia

4) bagi dia minum air milo

5) bawa dia jalan-jalan kat luar

Semua perkara kat atas saya buat untuk melekakan dia dan jangan bagi dia ingat pada botol. Yang paling penting, jangan bagi dia nampak rupa bentuk botol susu. Kalau tidak dia akan minta susu saja. Masa tu mungkin susah untuk kita tenangkan dia balik. Hari ni memang ummi dia tak tinggalkan susu langsung sebab tak berapa sihat.

Jadi saya keluar tadi walaupun nak dekat hujan(tapi bawa payung siap-siap). Kedai dari rumah saya adalah dalam 400-500 meter. Oleh sebab kat rumah ada satu kereta dan kereta tersebut dibawa oleh ummi Faiq, saya jalan kaki ke kedai. Sebenarnya dah biasa saya buat(jalan kaki ke kedai dengan Faiq).

Sampai kedai tu baru hujan. Naib baik bawa payung. Belikan Faiq 4 air kotak Milo. Dia dah habiskan satu kotak Milo masa sampai rumah. Lepas tu teman dia main jap. Tukar cloth diaper dia, dukung dia bawa jalan-jalan sikit… Mission accomplish. Faiq dah tidur. Sebab tu saya boleh tulis blog ni sekarang. Hehehehe…

  • Share/Bookmark

Apa yang anak kita biasa buat bila umur dah setahun setengah? Mungkin tak larat nak cerita sebenarnya. Gambar kat atas tu adalah beberapa aksi yang berjaya saya tangkap semasa anak saya berumur setahun setengah. Apa yang anak saya lakukan ini mungkin dia lakukan berdasarkan apa yang dia nampak saya buat di rumah.

Orang nak menyapu sampah, dia nak sapu sampah. Orang nak cabut rumput, dia nak cabut rumput. Orang nak masak, dia nak masak. Mula-mula dulu saya tak bagi dia buat satu kerja pun sebab dia bukannya nak buat kerja tapi nak main. Tapi bila fikir balik, baik bagi dia sebab nak ajar dia berfikir.

Sedikit sebanyak akan mengganggu kerja kita di rumah kalau dia pun ‘tolong’ buat kerja. Tapi saya biarkan selagi dia boleh belajar dengan apa yang dia nak cuba. Bukannya cuba benda tak baik. Sebab anak saya ni depan mata je. Saya boleh nampak kerja yang dia buat tu baik ke tak.

Tukar topik mengenai anak saya. Sekarang saya nak cerita tentang tema baru blog saya ni. Tema ni saya dapat free je berbanding tema wordpress sebelum ni saya bayar. Bukan bayar design tapi saya beli koleksi tema wordpress sebelum ni dan gunakan salah satu tema tersebut dalam blog.

Koleksi tema wordpress tersebut saya bayar dengan harga RM50. Bagi saya banyak tema wordpress yang cantik-cantik dan boleh didapati secara percuma. Yang penting rajin baca blog orang lain. Kalau tema blog orang tu cantik, cuba cari kat footer siapa yang design tema tersebut.

Biasa dia akan letakkan link website sekali di footer. Klik link di footer tersebut dan lepas tu check kat website dia sama ada dia ada provide free template atau tak. Itulah yang saya buat siang tadi. Saya terjumpa sebuah blog mengenai tanaman sayuran dan tertarik dengan tema wordpress yang digunakan.

Saya cuba dulu beberapa tema percuma yang disediakan dan saya berpuas hati dengan tema yang saya gunakan sekarang. Kalau nak tahu tema apa yang dia ada lagi, klik pada link website dia di footer blog saya ni. Selamat mencuba!

  • Share/Bookmark

Jumaat Di Kuala Perlis

Satu disadvantage kepada Mr. Mama walaupun boleh duduk rumah jaga anak kecik adalah pada hari Jumaat sebab kena sembahyang Jumaat. Walaupun anak saya dah setahun setengah tapi saya rasa dia belum lagi sesuai untuk saya bawa ke masjid. Kalau dia ada kat depan saya takpe. Buatnya dia main kat belakang saya masa solat, saya yang tak tenang nak solat memikirkan dia je.

Kalau isteri abang ipar saya(aka biras) ada kat rumah, biasa saya akan hantar ke sana. Tapi semalam dia tak ada kat rumah. Jadi terpaksalah saya bawa sekali Faiq pergi ofis ummi dia. Sepanjang satu hari semalam kami berada di Kuala Perlis(ofis Aznor). Apa yang ada di ofis dia? Tak ada apa pun cuma ofis.

Kalau pergi ofis Aznor, saya akan bawa bola untuk Faiq main di sana. Walaupun tak berapa besar tapi masih cukup ruang untuk melakukan sepakan gaya Faiq. Apakah strategi yang saya gunakan supaya Faiq boleh duduk dalam ofis? Kenalah main dengan dia sekali supaya dia tak kacau kerja ummi dia.

Bila Faiq dah bosan main bola, kenalah ajak dia main benda lain. Macam kereta ke, bawa jalan-jalan ke, dalam hal ni sayalah yang perlu kreatif. Teknik ni tak sesuai untuk orang yang sibuk. Kalau sibuk, kenalah fikir cara yang lebih kreatif supaya anak tak kacau kerja kita.

Salah satu perkara yang saya buat supaya Faiq tak bosan, saya bagi dia makan. Kejap makan biskut, kejap makan roti, kejap makan ayam goreng. Tapi masih lagi orang kata Faiq ni kurus. Apa pula yang saya buat kalau Faiq dah mengamuk kat ofis? Biasa saya akan bawa dia naik kereta jalan tepi pantai kat Kuala Perlis.

Mengamuk tu ada 2 makna. Sama ada dia bosan ataupun dia dah mengantuk. Kalau dia mengantuk, dia akan tidur dalam kereta. Kalau dia tak mengantuk saya akan bawa dia main kat playground depan Brasmana Hotel. Luckily, jalan di Kuala Perlis bukanlah sibuk macam di Kuala Lumpur.

Rasanya memang tak sibuk langsung kecuali cuti sekolah. Sebab waktu cuti sekolah ramai nak bawa anak ke Langkawi dan diorang akan parking kereta di Kuala Perlis. Sampai kat playground, saya cuma kena tengok je lah Faiq nak main apa. Kalau tengahari pun kawasan tu tak berapa panas sebab banyak pokok dan tepi laut. Syok juga kadang-kadang sebab ada angin.

Mula-mula masa bawak dia main kat playground. Memang susah kalau nak ajak balik. Tapi sekarang kalau saya cakap “Jom balik!”, nanti dia tahulah nak masuk kereta. Macam yang saya cakap sebelum ni, cakap selalu dia akan faham. Mula-mula memang kena paksa sikit. Kena sabar.

Playground ni bersih. Dan kemudahannya terjaga. Sebab tu saya selalu bawa Faiq main kat sini. Dekat rumah saya kat Changlun walaupun ada playground tapi masa rumput naik tinggi, saya tak bawak dia main kat situ. Bila rumput dah dipotong, baru bawak dia main. Kalau ada kat Kuala Perlis tu cubalah bawa anak main kat sini. Recommended kalau tak nak bagi anak bosan.

  • Share/Bookmark

Apabila Anak Semakin Bijak

Sejak saya ambil keputusan berhenti kerja, sayalah yang mengasuh anak saya sendiri sejak umur dia 2 bulan sampai umur dia sekarang setahun setengah. Masa mula-mula mengasuh memanglah akan mengalami sedikit masalah sebab kurang pengalaman, ilmu dan satu lagi dulu saya memang jarang jaga adik. Hehehehe….

Kalau orang rasa jaga anak dan buat kerja rumah tu satu kerja yang mudah, saya ingin tekankan di sini bukanlah mudah seperti yang disangka. Bila anak dah pandai mengemas barang dan dah pandai berjalan, kerja kita akan menjadi berkali ganda. Nak kemas barang yang dia sepahkan, nak kejar dia lagi takut dia jatuh ke, nak bagi makan dan tukar baju pun kena kejar gak.

Menjaga anak memerlukan kesabaran. Saya memerhatikan anak saya banyak belajar sekiranya diingatkan berkali-kali. Mana-mana anak memang akan menunjukkan kenakalan(masa kita kecik pun nakal juga kan). Tapi kalau kita cakap berkali-kali, dia akan rekod sendiri cakap kita tu nanti dan ingat.

Mungkin perangainya takkan berubah dalam bulan yang sama. Mungkin bukan 3 bulan, mungkin bukan 5 bulan. Teruskan bercakap dengan anak supaya dia lebih ingat cakap kita. Mungkin ia akan ambil masa lebih 6 bulan untuk dia faham. Kalau pukul anak, mungkin dia akan cepat faham tapi kesan dia nanti dia pun akan memukul orang pula untuk memastikan orang faham cakap dia.

Jadi hati-hatilah sekiranya ingin memukul anak. Sebab anak belajar daripada apa yang dia nampak. Saya bersyukur sebab berpeluang mengasuh anak sendiri dan melihat dia membesar sendiri dengan tangan saya. Kepada kawan-kawan yang baru dapat anak, banyakkan bersabar dalam menjaga anak kay.

Ada juga sesetengah kawan yang mendapatkan nasihat daripada saya tentang penjagaan anak. Tapi apa yang saya boleh ceritakan adalah dari pengalaman saya sendiri. Apa yang kelakarnya, sampai sekarang saya tak pandai bancuh susu anak sebab anak minum susu ibu sepenuhnya sampai sekarang.

Kalau tanya saya, “Susu tepung mana yang paling bagus untuk anak?”, saya amat menyarankan susu ibu. Kalau saya kata anak saya tak pernah sakit maksudnya saya tipulah. Tapi apa yang saya nampak, anak saya tak ada masalah perut atau masalah penghadaman. Selamat menjaga anak!

  • Share/Bookmark

Jepun Vs. Paraguay

Dah lama sungguh tak update blog ni. Sebenarnya dah agak down juga untuk update tapi baru-baru ni dapat komen dari pembaca blog, baru terasa nak update balik. Insya-Allah saya akan aktif balik untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam blog ni.

Saya baru je menonton Jepun lawan Paraguay dan menyaksikan wakil terakhir dari Asia ni juga tewas dalam sepakan penalti. Penali biasanya bergantung kepada nasib berbanding bermain di padang. Dalam kes ni saya rasa Jepun tak ada luck tahun ni. Tak apa, cuba lagi tahun depan.

Saya berada di KL ni. Di rumah orang tua saya di Ampang. Isteri saya kursus di Shah Alam. Sebab saya bukanlah bekerja makan gaji dan cuma kerja di internet je, jadi saya ikut sekali sambil-sambil jaga Faiq yang dah mencapai umur setahun setengah. Malam ni dia duk dengan umi dia kat apartment tempat peserta kursus menginap.

Terpaksalah Faiq tidur kat apartment tu sekali sebab susu tak cukup untuk jaga Faiq malam ni. Maklumlah, menyusu badan. Esok umi Faiq akan ada exam. Jadi pagi-pagi lagi dah kena gerak ke Shah Alam untuk amik Faiq balik. Begitulah keje saya tiap-tiap hari.

Semalam dengan hari ada accident masa saya nak pergi ke Shah Alam. Moga saya dijauhkan dari sebarang kemalangan. Amin.

  • Share/Bookmark

Laporan PERCUMA

ebook
Download Laporan Ekslusif ini secara PERCUMA.
Isikan Nama dan Email anda di bawah untuk mendapatkannya.
Nama
Email

Arkib

Spam

BlogMalaysia.com