Mari Bersantai Dengan Blogging
12 Jul
Baru je habis menonton final World Cup 2010. Secara keseluruhannya saya enjoy tengok game tu. Banyak try dari kedua-dua belah pihak dan tak nampak berat sebelah. Yang buat kurang menariknya sebab banyak sangat kad kuning dikeluarkan. Memang nampak permainan agak sedikit kasar kalau nak dibandingkan dengan semi final.
Masa semi final semua tak berani nak buat salah sebab kalau kena kad merah, konfem tak dapat main untuk final. Kalau masa quarter final dah ada kad kuning, konfem takut kena kad kuning gak sebab kalau kena, tak dapatlah main untuk final. Bila dah final ni agaknya semua nak lepas geram.
Permainan Belanda yang agak keras. First half saja dah dapat lebih 5 kad kuning(5-7 kad kuning rasanya). Tapi refree ni saya rasa sayang nak keluarkan kad merah dia. Saya rasa ada beberapa insiden yang mana pemain tu sepatutnya dapat kad kuning kedua. Masa extra time tu memang tak leh tahan gak, akhirnya dia keluarkan satu kad merah.
Saya siap jadi komentator kat Facebook sendiri. Boring sangat tengok je sebab ada kemungkinan akan tertidur kalau tak melakukan apa-apa aktiviti. Jadi saya menjadi komentator di wall facebook saya untuk mengelakkan mata menjadi mengantuk. Punca saya tertidur masa penentuan tempat ketiga semalam sebab tak ada aktiviti yang nak dibuat.
Game semalam saya tertidur masa minit ke 88. Masa tu Germany dah leading dah 3-2. Saya mengharapkan Torres main tadi tapi tak sangka dia akan main masa extra time. Dia ada serius injury. Kesian tengok dia terbaring tadi. Entah berapa lama kena rehat lak lepas ni.
Casillas menangis bila dah menang. Mungkin next World Cup dia tak main sebagai pemain utama agaknya sebab dia pun dah berumur sikit. Mungkin post ni adalah yang terakhir dari saya berkenaan Piala Dunia tahun ni. Kena tunggu 4 tahun lagi kot untuk komen seterusnya.
11 Jul
Mungkin tajuk kali ni agak sensitif sikit masa orang tengah sibuk dengan World Cup. Tidak mungkin Malaysia yang masuk final World Cup untuk tahun ni. Apa yang saya maksudkan adalah Badminton Malaysia Open(World GP). Siang tadi ada perlawanan semi final. Saya cuma tengok single lelaki saja.
Semi final pertama adalah Wong Choon Han lawan Taufik Hidayat. Semi final kedua adalah Lee Chong Wei lawan Ajay(tak tau nama penuh dia) dari India. Dan kedua-dua semi final dimenangi oleh Malaysia. Jadi secara automatiknya Malaysia akan mendapat title juara. Cuma tak tau siapa lagi.
Untuk kategori double pun pasangan Malaysia ada masuk semi final. Saya cuma sempat tengok semi final pertama je. Pasangan baru. Ranking dunia no. 49. Saya tak habis tengok pun semi final 1 tu. Tapi masa saya tinggalkan TV, Malaysia tengah ketinggalan dari segi pungutan mata. Tak taulah menang ke kalah.
Wong Choon Han boleh dikatakan pemain veteran negara sebab umur dia dah 33 tahun dah. Tapi permainan antara dia dengan Taufik Hidayat memang saya respek. Tak nampak macam orang umur 30-an main. Dia punya overhead smash pun laju. Bukan mudah nak buat overhead smash. Kalau orang tak biasa buat sakit pinggang woo.
Dari segi fizikal, bagi saya Wong Choon Han ada pakej yang cukup sebagai pemain single. Dia ada ketinggian dan badannya pun nampak sedikit muscular. Jadi dia ada kelebihan sebagai pemain single. Saya rasa dia ada cakap nak retired tapi tak pasti tu rumours atau kisah benar. Siapa menang esok tak kisah sebab nama Malaysia dah menang secara automatik.
Saya tak tau lah siapa yang edit gambar di atas dan harapnya ia akan berlaku untuk World Cup akan datang. Kalau friendly match pun kira OK. Cuma pesanan saya sebagai orang biasa ni, janganlah percaya sangat dengan sotong yang bernama ‘Paul’ ni walaupun ramalan dia betul.
Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku tu atas izin Allah. Sebab saya tengok perkara ni agak melarat sebab kat Singapore lak, diorang gunakan burung untuk meramal keputusan perlawanan. Sama ada burung ataupun sotong ni yang betul, bukanlah kerja diorang. Mungkin binatang 2 ekor tu digunakan oleh pihak tertentu untuk menyesatkan akidah umat Islam. Manalah tau…
8 Jul
Malam tadi saya keluar sebab ada urusan. Balik rumah nak dekat pukul 11 malam dah. Sebab selesema, saya mudah rasa letih dan mengantuk. Memang mengantuk sungguh malam tadi. Balik je rumah saya basuh kaki lepas tu terus tidur. Selalu kunci jam sebelum tidur tapi kali ni memang lupa dan tak larat.
Tapi dapat juga bangun pukul 2.30 pagi sebab teringat semi final kedua World Cup(Germany vs. Spain). Dari bilik tidur, saya keluar ke ruang tamu rumah dan terus on TV. Lepas tu saya sambung balik tidur kat ruang tamu sebab nampak bantal. Jadi masa Germany vs. Spain tadi, TV je banyak tengok saya.
Saya cuma sedar bila dah minit ke 84. Masa tu tengok keputusan dah 1-0(Spain leading). Saya tersenyum sorang-sorang. Dalam hati macam tergelak sikit “Hahahaha…. Germany kalah!”. Dan sampai masa kecederaan pun keputusan tersebut memang tak berubah. Dah habis game saya cuma nak tengok je siapa yang score.
Terperanjat juga bila nama Puyol yang keluar. Puyol ni pemain pertahanan Spain tapi macam gila-gila sikit. Saya ingatkan dia score sepak dari jauh ke tapi bila tengok highlight, rupanya dia tanduk bola masuk gol. Kalau tengok kat TV, Puyol ni bukanlah tinggi sangat. Mungkin sebab dia bijak cari ruang.
Kadang-kadang teringat England suka gunakan Peter Crouch untuk bola tinggi depan gol. Saya tak nafikan percentage gol Peter Crouch memang banyak menggunakan kelebihan ketinggian beliau. Tapi kalau bola tak sampai, macam mana nak tanduk? Nasib Puyol kali ni ialah dia berada di tempat yang betul masa bola tu dihantar ke depan gol. 2 kali dia dapat peluang depan gol tapi satu yang masuk.
Pertemuan di peringkat akhir nanti adalah antara Belanda dan juga Sepanyol. Kali ni memang best sebab pasukan yang saya tak sangka masuk final boleh masuk final. Siapa yang akan menang World Cup agaknya kali ni? Habis dah cerita World Cup.
Tadi saya cuba reset modem Wimax, sekarang ni feedjit menunjukkan IP address saya adalah dari KL pula. Saya pun tak pasti kenapa IP saya tak mengatakan saya dari Kedah. Biarlah… Saya cuma nak orang tahu saya online dari Kedah. Hahahaha…
7 Jul
Hari ni saya kurang sihat. Bila masalah selesema melanda, segala kerja akan menjadi berat nak buat. Buat kerja sikit dah bersin. Lepas tu bersin lagi. Lama-lama pening kepala. Masalah resdung selalu macam ni lah. Rawatan dah macam-macam dah. Tapi masih lagi macam ni.
Kalau kawasan berhabuk lagilah. Terutama kalau kemas rumah. Kembang je hidung satu hari tu sebab selalu bersin. Lepas ni nak sambung tidur balik sebab dari pengamatan saya, tidur je yang boleh melegakan selesema ni. Kalau makan ubat selesema pun, lepas u mesti rasa mengantuk. Kesimpulannya, dia suruh tidur.
Tadi terjaga pukul 3 pagi jap. Bila terbangun, perkara pertama saya fikir “Hari ni hari apa?”. Bila saya yakin hari ni hari rabu, saya teringat kat TV kata semi final World Cup hari rabu. Tapi pukul berapa? Pagi ni atau malam nanti. Setelah berfikir lebih kurang 20 minit, saya gagahkan diri bangun dan buka TV.
Ternyata saya tidak silap. Perlawanan antara Belanda dan Uruguay tengah berlangsung. Masa saya on TV first half nak abis dah. Tak apalah. Ada lagi second half. World Cup ni saya tak suka tengok siaran ulangan. Kalau dah miss live game, saya cuma minat nak tengok keputusan je.
Belanda dah konfem masuk semi. Next match ni panas gak. Saya mesti tonton. Germany adalah team yang saya kagum dengan cara permainan berpasukannya. Tetapi di Spain saya lebih meminati Torress dalam permainan individu. World Cup kali ni memang dia kurang menyerlah macam Messi. Tapi bila game Germany lawan Spain yer? Saya cuma tahu hari rabu. Malam ni kot.
4 Jul
Baru lepas menonton game Argentina vs. Germany. Satu keputusan yang tidak disangka iaitu Argentina kalah 4-0. Sebagai salah satu pasukan bola sepak gergasi dunia saya rasa kekalahan ni macam satu penghinaan juga sebab jumlah bolosnya yang tinggi. Saya menyokong Argentina sebenarnya.
Tapi sejak dari awal game, saya memang tak minat tengok cara Argentina main. Nak komen sikit.
a) player Argentina banyak main sorang terutama Tevez
b) cara permainan Argentina tak begitu open, mungkin sebab defend Germany kuat sangat kot
c) Argentina banyak attack dari tepi tapi bola tak sampai ke tengah, macam mana nak gol?
d) Defend Argentina terlalu banyak lubang
e) Defend Argentina suka pass bola dekat kawasan defend masa opponent ada kat tempat diorang, punca kelalaian defender banyak menyebabkan bola dapat kat Germany balik
Tu je kot untuk komen Argentina. Sekarang ni komen saya untuk Germany pula
a) Lahm adalah seorang pemain yang laju
b) Schwensteiger smart player
c) Cara permainan Germany menunjukkan diorang main berpasukan dan lebih open dari Argentina
d) Defend power jugak kot
Kalau tengok komen memang nampak macam saya sokong Germany tapi saya suka Argentina sebab Messi main. Messi pun banyak main sorang tapi dia banyak buka peluang gak. Mungkin ada Maradona salah buat strategi kot menjadi punca kekalahan. Banyak faktor kenapa Argentina kalah malam ni.
Nampaknya ramalan sotong mengenai kemenangan Germany memang tepat. Lepas ni mesti diorang jadikan sotong tu sebagai peramal World Cup akan datang. Brazil dah kalah. Argentina dah kalah. England dah kalah. Portugal dah kalah. Semua player yang masuk iklan komersial semua dah kalah. Ronaldo, Messi dan Lampard, semua tu model iklan.
Sebelum tengok game Spain, saya nak siapkan Shopping Cart Cloth Diaper store.
3 Jul
Satu kejutan dalam Piala Dunia kali ni. Brazil kalah kepada Belanda 2-1. Satu keputusan yang agak mengejut saya rasa. Sayang saya tak dapat saksikannya secara LIVE sebab nak tidurkan anak yang susah nak tidur. Akhirnya anak tidur juga. Tapi bila buka V balik, game dah habis.
Tahniah buat Belanda. Saya jangkakan Brazil akan menang berpandukan game yang telah saya tengok sebelum mereka kalah. Dari segi permainan saya rasa diorang control game. Tapi kadang-kadang nasib juga memainkan peranan penting juga dalam bola sepak ni. Ada bagusnya juga Brazil kalah. Bagilah peluang kat team lain menang pula kali ni.
Saya kurang senang dengan aksi Dunga yang nampak macam terlalu taksub nak menang. Boleh nampak muka dia marah-marah kalau anak buah dia main tak betul. Saya suka tengok jurulatih Jepun, cool je walaupun team dia kalah. Anyway, it’s a game. Mesti ada menang kalah. Kenalah terima hakikat.
Komen Terkini