Archive for the ‘Pindah Rumah’ Category
Pindah Rumah Sudah
Saya sekarang tidak berada di Kangar lagi. Siapa yang cari saya di rumah Kangar, saya dah tak ada kat sana. Rumah tu sudah saya bersihkan dan clear. Berita terkini yang saya tahu ada orang nak masuk dah bulan depan. Cepat betul rumah tu dapat penyewa.
Saya sekarang telah berpindah ke rumah idaman saya di Changlun, Kedah. Kalau ada di Changlun, jangan lupa contact saya. Kita boleh pergi makan or minum ke. Lepas ni mungkin tak pindah lagi dah. Kecuali ada duit lebih, mungkin saya akan beli rumah yang lebih besar dari sekarang ni.
Untuk pengetahuan semua, di rumah baru saya tak ada internet. Pergi TM Point dia kata port kawasan tu dah penuh dah. Jadi mungkin line streamyx saya mungkin masuk dalam bulan 12 atau bulan 1 nanti. Lambat lagi tu. Celcom broadband kat kawasan tu tak kuat.
Sekarang ni saya tengah usha P1 Wimax. Kata ejen Wimax kat Pekan Changlun tu, mungkin line Wimax akan masuk dalam seminggu dua lagi. Kalau streamyx lambat sangat, mungkin saya akan subscribe Wimax dan terminate streamyx. Sorry to streamyx. Servis slow.
Tak tahulah Wimax ni macam mana. Untuk maju, kita kena mencuba. Pindah rumah pada permulaan ni memang banyak belanja. Itu nak tukar, ini nak tukar. Itu nak tambah, ini nak tambah. Kredit je banyak sekarang ni. Harap boleh cover balik. Penat kemas rumah pun tak hilang lagi ni.
Saya berterima kasih yang tidak terhingga pada kawan-kawan dan ahli keluarga yang membantu saya dalam memindahkan barang-barang naik turun lori. Tanpa diorang mungkin saya boleh pengsan hari ni. Jemput datang rumah yer.
Keluarkan Duit Dari KWSP
Semalam nak daftar air dan letrik untuk rumah baru. Hari ni kami sekeluarga pergi KWSP pula. Malam tadi saya berbincang dengan kawan yang akan tolong saya cat rumah dan pasang gril. Dia kata harga servis dan besi semua adalah RM2950. Dia kata tu harga kawan-kawan dah.
Walaupun harga tersebut tak lah setinggi harga rumah tapi ianya tetap sejumlah duit yang perlu dibayar. Jadi kami pun cuba keluarkan duit dari akaun 2 KWSP untuk tujuan bayar deposit rumah. Antara sebab-sebab boleh keluar duit KWSP ialah untuk kurangkan beban bayar duit rumah.
Oleh kerana nama tuan rumah adalah nama isteri saya, jadi duit hanya boleh dikeluarkan dari akaun dia saja. Duit tu lah nanti mungkin kami gunakan untuk renovate sikit rumah kami tu. ‘Wiring’ pun kena buat gak nanti. Semua tu member-member yang buat. Untung ada ramai kawan ni.
Mungkin tips yang saya nak bagi hari ni berguna untuk mereka yang mempunyai geran dari negeri Kedah. Antara salah satu dokumen yang diperlukan untuk keluarkan duit adalah salinan geran rumah. Dalam geran yang saya fotostat, alamat rumah tidak jelas kerana dikaburi dengan peta negeri Kedah.
Siapa yang biasa tengok geran rumah kat Kedah tahu kot masalah ni. Nak attach salinan geran dalam blog ni takut disalahguna oleh orang pula nanti. Oleh kerana alamat tersebut kabur, kerani KWSP tu kata mungkin HQ dia tak terima sebab tak nampak alamat dengan jelas.
Sebab sekarang diorang scan salinan geran tersebut dan hantar melalui e-mail saja ke HQ. Kalau yang kami hantar tak jelas, mungkin yang discan kemudian pun lagi tak jelas. Kami jumpa peguam kami balik minta tolong dia cari salinan geran yang clear sikit tulisan.
Bila semak tetap tak jumpa juga yang tulisan clear sikit. Yang kami ada tu lah yang paling clear. Salinan asal yang ada pada lawyer adalah fax dari dari pihak bank. Nak betul-betul clear kena tunggu geran sebenarlah. Tak tahulah bila nak sampai di pejabat lawyer kami.
Lepas tu kami jelaskan semula pada kerani KWSP tu memang tak ada salinan yang lagi clear dari yang kami ada. Kerani tersebut menasihatkan kami pergi ke Pejabat Tanah dan tanya salinan geran tersebut. Manalah tahu lagi clear. Nak cepat kena buat macam tu.
Nak lambat, kena tunggu geran asal sampai ke pejabat lawyer. Bila nak sampai tak tahulah. Mungkin saya akan ke pejabat tanah juga nanti sebab isteri saya bagitahu proses dia mengambil masa 21 hari(ada ditulis dalam borang). Jadi kenalah cepat sikit sebab nak bayar duit orang yang buat kerja.
Mungkin ada kalangan anda yang ada masalah sama seperti saya. Boleh kongsi-kongsi sikit di bahagian komen. Jangan malu-malu.
Daftar Air dan Letrik
Hari ni saya dan isteri serta anak(kenalah bawa sekali) pergi ke Jitra atas satu sebab iaitu mendaftarkan air dan letrik di rumah baru kami di Changlun. Saya ke sana agak lewat sebab membantu seorang kawan yang baru menyertai saya dalam HyproBulkSMS.
Apa yang saya nak cerita mungkin boleh jadi panduan pada orang yang nak beli rumah. Saya pun tak tahu macam-macam kena buat lepas beli rumah. Sebelum ni sewa je. Bila dah beli ni, banyak perkara yang perlu diuruskan. Apa yang saya tahu bila dah beli rumah kita kena daftar untuk letrik dan air atas nama kita.
Untuk daftar letrik kita perlu pergi ke cawangan TNB(bukan pencawang ye) terdekat. Dokumen yang perlu disediakan ialah:
1) salinan surat perjanjian jual beli
2) setem hasil RM10
3) deposit RM210
4) salinan I/C tuan rumah
5) salinan I/C saksi(bawa seorang saksi masa nak daftar)
Saya sampai agak pejabat TNB tu agak lewat. Pejabat tutup pukul 4.45 petang tapi saya sampai lebih kurang pukul 4,.30 petang. Cuma payment je tak sempat. Sistem dah tutup. Tapi kerani tu masih lagi terima payment kami. Cuma dia kata ambil resit kemudian.
Lain pula ceritanya dengan JBA Jitra. Untuk register air di JBA(saya andaikan semua tempat sama je, kalau lain bagitahu yer), dokumen berikut diperlukan:
1) salinan surat perjanjian jual beli
2) deposit RM150
3) salinan I/C tuan rumah
Itu saja yang diperlukan. Kami lewat juga daftar air masa tu. Pejabat tutup pukul 4.00 petang. Masa nak buat payment tu masa dah lebih sikit dari 4 petang. Jadi kerani tu tak terima duit. Dia kata sistem dah off. Dia suruh datang lagi untuk buat pembayaran. Ada sikit frust di situ.
Bagi saya yang datang jauh dari Perlis ke Jitra(tak lah jauh sangat tapi boleh tahanlah), sepatutnya dia boleh ambil payment tu dulu dan setelkan pagi esok. Saya respek macam yang kerani TNB tu buat, tak menyusahkan orang. Dia terima payment dulu. Kita cuma perlu ambil resit je kemudian.
Di JBA Jitra ni, dah elok-elok tulis nama semua. Bila nak buat payment je dia suruh datang esok. Jadi frustlah sikit. Sekurang-kurangnya terimalah payment tu dan bagi resit sementara. Nanti kami ambil resit yang betul kemudian macam yang TNB tu buat.
Dalam memberikan servis ni, ada orang hanya cukup sekadar bagi servis tapi menyusahkan orang. Ada sesetengah orang pula sentiasa memikirkan bagaimana untuk memudahkan pelanggan dalam memberi servis. Mungkin ada kawan-kawan yang pengalaman yang boleh diceritakan di ruangan komen tentang servis ni.
Berita Baik Untuk Rumah Baru
Dah berapa hari dah tak update blog. Sebenarnya saya baru balik ke kampung Ipoh dan KL minggu lepas. Walaupun ada broadband tapi kelajuan internetnya amat mengecewakan. Jadi saya hanya gunakan internet dalam beberapa hari minggu lepas hanya untuk check email.
Saya takut bila saya update blog nanti line kejap-kejap putus. Nanti hilang mood nak berblogging pula. Saya harap sekarang ni mood saya OK lah kot untuk berblog. Siang tadi sempat juga saya belek-belek theme untuk blog saya ni. Rasa macam kena tukar juga. Saya perlukan space yang banyak sikit.
Sebelum balik ke kampung minggu lepas saya dapat satu SMS dari penjual rumah yang saya baru beli. Dia kata dia akan serah kunci pada 6/11/09. Syukur penantian untuk pindah ke rumah baru akhirnya tercapai juga. Ada beberapa kekeliruan sebelum ni yang menyebabkan saya pindah lambat.
Mula-mula rancang nak pindah sebelum bulan puasa. Masa tu dah terfikir nak beraya di rumah baru. Tapi hanyalah angan-angan saja. Nasib baik sempat untuk Raya Haji. Jadilah. Bolehlah sambung packing barang. Cuma masalahnya kotak kurang. Jadi sesiapa yang duduk di area Perlis yang ada kotak banyak tu bolehlah sedekah kat saya.
Mungkin saya akan memikirkan untuk menjual beberapa barang yang saya rasa tak diperlukan. Mungkin saya akan iklankan di mudah.my. Siapa nak beli datang rumah. Tak ada delivery. Cash on carry. Tapi ini kemungkinan saja. Belum fikir lagi apa nak di ‘let go’ kan. Perkara macam ni kena bincang satu keluarga. saya tak boleh decide sorang-sorang.










