Fazli Buat Apa?

Mari Bersantai Dengan Blogging

Archive for the ‘Tak disangka’ Category

Kenaikan Harga 5 Dalam 1

Semalam mak mertua saya call. Katanya harga minyak naik 5 sen. Elok je saya letak telefon, kat TV keluar berita tentang harga minyak naik. Saya baru je isi minyak pagi semalam. Tak ada terasa nak isi pun sebelum tengah malam. Isteri saya suruh saya bagitahu abang ngah dia(aka abang ipar saya).

Abang ngah pula tanya saya, ” dah konfem ke?”. Saya kata “dah konfem dah. tadi keluar berita”. Dia pun kata “nampaknya malam ni kena isi minyak siap-siap”. Jadi perbualan kami tamat kat situ je. Malam tu abang ipar saya keluar makan. Mungkin dia nak isi minyak sekali kot. Malam tu saya dapat sms dari dia…

Saya tersenyum bila baca sms tu. Apa yang saya dapat feedback dari kawan-kawan yang lain pun, diorang macam tak ada effect gak. Kenapa agaknya ye? Bukanlah menyalahkan kerajaan. Saya ni bukanlah dari parti pembangkang pun. Saya juga follow up tentang apa yang berlaku dalam negara. Orang tak ada kerja macam saya memang rajin explore di internet.

Saya cuba tidak berat sebelah dalam hal ni. Secara ringkasnya apa yang saya nampak, selalunya sesuatu isu yang berlaku tu tak ada penjelasan yang meyakinkan saya. Saya tak berapa kisah tentang kenaikan harga barang ni tapi berharap keputusan ni dibuat untuk kebaikan bersama.

Tadi dengar khutbah kat masjid, khatib bagi ucapan tentang pemimpin. Antaranya bagaimana Saidina Abu Bakar ‘takut’ untuk menjadi pemimpin selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Takutnya Saidina Abu Bakar adalah kerana amanah sebagai seorang pemimpin tu sangat berat dan beliau rasa beliau tidak layak untuk memikulnya. Tapi kerana telah dipilih, beliau turuti juga tapi beliau berpesan “Taatilah daku selagi aku taat kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w” – ini ulasan saya sendiri lepas dengar khutbah.

Khatib pun ada pesan tadi jangan ‘beli’ orang untuk memilih kita untuk jadi pemimpin sebab itu menunjukkan pemimpin tersebut juga boleh dibeli oleh orang lain. Harapan saya semoga pemimpin-pemimpin kita berada di jalan yang benar.

  • Share/Bookmark

Road Block Kat DUKE

Sekarang ni saya berada di Ipoh. Tengahari tadi gerak dari KL. Sebelum gerak ke Ipoh kami singgah ke Lunatots untuk amik stok cloth diaper yang baru. Terjumpalah owner lunatots iaitu Kak Suraya. Mula-mula masuk dia tak berapa cam. Bila saya cakap saya ni reseller dari Perlis, baru dia cam. Saya kata tak cam mungkin sebab dah gemuk kot. Hehehe…

Aznor tak naik kedai sekali sebab Faiq baru tidur. Kalau kejut dia kang mengamuk pula. Lepas beli kami terus gerak ke Ipoh. Kami tak lunch lagi walaupun dah pukul 1. Aznor bagitau mama dia dah masak untuk lunch kitorang. Jadi saya tak jadi berhenti mana-mana untuk makan.

Saya sampai Ipoh dalam pukul 4 tadi. Yang buat lambatnya sebab jalan MRR2 tu jem teruk. Dari MRR2 saya masuk ke highway DUKE. Masa dah kat highway DUKE tu ada kereta kat opposite site naik lampu. Dalam hati kata “Ada road block ke?”. Saya jalan je dengan 80 km/j.

Dah boring drive slow-slow tiba-tiba rasa nak pecut pula kereta Grand Livina kat depan. Bila tgh pecut tu elok je saya nampak ada mamat bertenggek kat celah-celah tiang tengah menembak speed trap. Masa tengah pecut tu saya break. Hahaha… Cuba maintain 90 km/j.

Dah lepas mamat yang bertenggek tu, saya nampak sign had laju tak lebih 80 km/j. Alamak! Tadi saya drive 90 km/j. Kalau ada road block kat depan tu mesti kantoi. Memang betul pun ada road block. Nampak polis tu check kat kertas dia bila kereta saya lalu. Berdebar-debar ni…

Lepas tu dia bagi isyarat “JALAN!” Huhuhuhu… Lega…. Bukan apa, saman satu hal. Sekarang ni kalau baca kat forum ramai tak dapat renew road tax sebab saman tak bayar. Masalahnya bukan saman yang kena sign tu. Saman ekor pun diorang suruh bayar sekarang. Perkara ni bukan saya baca kat forum je tapi abang ipar saya pun tak lepas renew road tax baru-baru ni sebab tak bayar saman. Saman ekor juga.

Siapa yang renew road tax tak lepas tahun ni sebab saman ekor? Kalau baca kat forum memang ramai. Ada yang kena bayar sampai RM2000 pun ada sebab nak bagi lepas syarat renew road tax.

  • Share/Bookmark

Ular Jatuh Depan Rumah?

Kejadian ni berlaku pagi-pagi lagi lebih kurang pukul 7. Saya dah isteri ingat nak beli breakfast dengan pakcik yang naik motor jual kuih. Dia biasa lalu depan rumah kami waktu-waktu macam tu lah. Masa baru nak buka pintu tiba-tiba isteri saya menjerit “ular”. Bila dengar dia menjerit sebut nama binatang tu, secara automatik saya pun berundur.
Tapi dalam kami mengundur tu tertinggal Faiq sekejap. Jadi saya pun ke depan balik untuk ambil Faiq. Lepas tu kami tunggu je di tempat kami mengundur. Tapi tak nampak-nampak ularnya. Saya pun tanya isteri saya, “Betul ke ular?”. Walaupun saya dengar ada bunyi jatuh tapi tak adalah sampai terfikir binatang tu yang jatuh dari siling.
Bila isteri saya kata betul, saya pun beranikan diri check tempat yang isteri saya kata ada ular. Setelah di’check’, saya dapati ada seekor kucing tengah duduk berehat berhampiran dengan tempat ular tu jatuh. Tapi kucing tu buat selamba je. Macam tak ada apa-apa berlaku.
Saya beranikan diri lagi check kawasan sekitar, longkang-longkang, masih lagi tak jumpa. Dalam hati saya tertanya gak, “Cepatnya ular ni hilang”. Saya pun malas nak fikir sebab nak kena keluar pergi beli breakfast. Kalau fikirkan sangat pun tak guna. Kerja tak jadi langsung nanti.
Petang tu saya sidai kain baju yang baru dibasuh di belakang rumah. Saya ternampak seekor kucing menggigit sesumpah. Oleh kerana ekor sesumpah tu panjang seperti ekor ular, saya tanya balik warna ular yang isteri saya nampak. Dia kata ada warna hijau dan hitam sikit.
Dan warna tersebut seakan-akan sama dengan warna sesumpah yang digigit oleh kucing tadi. Isteri saya pun kata dia cuma nampak ekor je. Kepala tak nampak. Jadi saya andaikan yang dia nampak tu sesumpah sebab bagi pendapat saya ular takkan hilang begitu saja.
Bagi saya ular agak perlahan gerakannya lebih-lebih lagi di atas simen. Lain pula dengan sesumpah. Sesumpah boleh bergerak laju dan hilangkan diri kejap je. Isteri saya pun kata mungkin yang dia nampak tu sesumpah. Mungkin sekadar nak menyedapkan hati kot.
Kalau ianya ular, ini dah kali ketiga kami jumpa ular di kawasan rumah kami. Sekali jumpa dalam rumah. Dua kali jumpa di luar rumah. Nak buat macam mana? Semua tu terjadi dengan izin Allah juga. Kita redha je lah. Jangan disebabkan itu kita kena trauma dah. Redha saja.

  • Share/Bookmark

Laporan PERCUMA

ebook
Download Laporan Ekslusif ini secara PERCUMA.
Isikan Nama dan Email anda di bawah untuk mendapatkannya.
Nama
Email

Arkib

Spam

BlogMalaysia.com