Archive for the ‘Tak Puas Hati’ Category
Kemudahan Internet Diperlukan
Belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aildiladha kepada yang beragama Islam. Kepada yang bukan beragama Islam, selamat bercuti saya ucapkan. Hati-hati di jalanraya semasa bercuti.
Saya sekarang berada di Ipoh, rumah mertua saya. Baru hari ni saya dapat buka blog saya untuk update perkembangan terkini. Sebelum ni saya cuba update blog semasa berada di KL tapi saya tak dapat buka website blog saya. Saya tak tahu masalah ni berpunca daripada mana.
Semasa di KL sesetengah website saya boleh buka tapi sesetengah website tak boleh buka. Website yang tak boleh buka website popular pula tu. Jadi agak kecewa juga lebih-lebih lagi bila blog sendiri tak boleh dibuka. Nak salahkan Celcom broadband yang saya pakai, macam tak adil pula sebab bila pakai kat Ipoh boleh pula buka blog ni.
Sampai email NetKL(server fazlibuatapa.com) tanya apa masalah sebenar. NetKL kata diorang buka blog saya OK je. Masa tu memang nak update blog sangat. Bila ada benda nak cerita kalau boleh nak terus je update. Kalau biar lama-lama nanti feel nak blogging tu hilang.

Nasib baiklah tak beli hosting dan domain lain untuk buka lagi satu blog. Tak apalah. Yang penting dah boleh update. Ada juga kawan-kawan yang tahu apa cerita terkini saya.
Cerita pasal Celcom ni. Hari tu saya dan isteri(Faiq mestilah ikut sekali) pergi ke Tesco Sungai Petani untuk shopping sikit. Saya dan isteri split masa kat dalam Tesco tu sebab nak shopping barang masing-masing. Masa tu juga line Celcom ada masalah.
Bila dah habis shopping barang sendiri, nak call isteri tak dapat. Isteri nak call kita pun tak dapat. Saya pun terpaksalah pusing satu Tesco tu cari isteri saya. Nasib baik jumpa. Kalau tak jumpa dalam 1 jam, memang saya nak buat laporan orang hilang je.
Ini adalah kali kedua Celcom bermasalah tahun ni saya rasa. Yang pertama masa raya hari tu. Kalau nak upgrade servis pun sepatutnya kenalah ada back-up. Perkara macam ni membuatkan saya dalam dilema untuk terus bersama Celcom. Nak potong ke? Kita tengok dulu dalam sebulan dua lagi.
Untuk line telefon mungkin payah sikit nak potong sebab dah nombor tu dah ramai kawan kita tahu. Tapi bab broadband, kemungkinan besar akan saya potong. Itupun kalau Wimax boleh bagi better servis. Dekat rumah baru saya ni Celcom broadband tak boleh pakai(coverage very poor), streamyx pun tak masuk lagi.
Saya teringat masa saya nak minta tukar line streamyx ke rumah baru, orang di kaunter TM Point tu cakap dengan muka tak ada perasaan, “Taman Teja ni port dia dah penuh, kena tunggu bulan 1 baru boleh masuk line”. Orang seperti saya yang memerlukan internet connection sepanjang masa punyalah frust masa tu lebih-lebih lagi dengan muka tak ada perasaan diorang tu.
Saya bercakap dari sudut pihak pelanggan. Bukannya sebab saya boleh buat ke tak. Saya memang tak pandai nak buat. Tapi diorang ni kena faham pelanggan akan lari kalau servis tak bagus. Budaya dan sikap kerja diorang ni kena ubah. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.
Dari sudut yang lain, saya faham mereka ni hanya makan gaji. Kerja kuat lebih sikit, gaji banyak tu juga. Jadi baik tak payah kerja kuat-kuat, sama juga gaji. Bagi saya tanggungjawab dan amanah tu kita kena jaga. Salah satu sebab saya berhenti kerja sebab tanggungjawab dan amanah yang diberikan tu saya tak boleh jaga(panjang ceritanya).
Bila tanggungjawab dan amanah masa kerja tak dijaga, kita akan menyusahkan orang lain. Daripada menyusahkan orang lain, baik saya menyusahkan diri saya sendiri dengan cari duit sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Lebih tenang hati saya kalau saya buat macam tu.
Nak potong ke? Siapa dah potong? Bolehlah share.










