Sejak saya ambil keputusan berhenti kerja, sayalah yang mengasuh anak saya sendiri sejak umur dia 2 bulan sampai umur dia sekarang setahun setengah. Masa mula-mula mengasuh memanglah akan mengalami sedikit masalah sebab kurang pengalaman, ilmu dan satu lagi dulu saya memang jarang jaga adik. Hehehehe….

Kalau orang rasa jaga anak dan buat kerja rumah tu satu kerja yang mudah, saya ingin tekankan di sini bukanlah mudah seperti yang disangka. Bila anak dah pandai mengemas barang dan dah pandai berjalan, kerja kita akan menjadi berkali ganda. Nak kemas barang yang dia sepahkan, nak kejar dia lagi takut dia jatuh ke, nak bagi makan dan tukar baju pun kena kejar gak.

Menjaga anak memerlukan kesabaran. Saya memerhatikan anak saya banyak belajar sekiranya diingatkan berkali-kali. Mana-mana anak memang akan menunjukkan kenakalan(masa kita kecik pun nakal juga kan). Tapi kalau kita cakap berkali-kali, dia akan rekod sendiri cakap kita tu nanti dan ingat.

Mungkin perangainya takkan berubah dalam bulan yang sama. Mungkin bukan 3 bulan, mungkin bukan 5 bulan. Teruskan bercakap dengan anak supaya dia lebih ingat cakap kita. Mungkin ia akan ambil masa lebih 6 bulan untuk dia faham. Kalau pukul anak, mungkin dia akan cepat faham tapi kesan dia nanti dia pun akan memukul orang pula untuk memastikan orang faham cakap dia.

Jadi hati-hatilah sekiranya ingin memukul anak. Sebab anak belajar daripada apa yang dia nampak. Saya bersyukur sebab berpeluang mengasuh anak sendiri dan melihat dia membesar sendiri dengan tangan saya. Kepada kawan-kawan yang baru dapat anak, banyakkan bersabar dalam menjaga anak kay.

Ada juga sesetengah kawan yang mendapatkan nasihat daripada saya tentang penjagaan anak. Tapi apa yang saya boleh ceritakan adalah dari pengalaman saya sendiri. Apa yang kelakarnya, sampai sekarang saya tak pandai bancuh susu anak sebab anak minum susu ibu sepenuhnya sampai sekarang.

Kalau tanya saya, “Susu tepung mana yang paling bagus untuk anak?”, saya amat menyarankan susu ibu. Kalau saya kata anak saya tak pernah sakit maksudnya saya tipulah. Tapi apa yang saya nampak, anak saya tak ada masalah perut atau masalah penghadaman. Selamat menjaga anak!

  • Share/Bookmark

Post Yang Berkaitan

  • No Related Post