Fazli Buat Apa?

Mari Bersantai Dengan Blogging

Jumaat Di Kuala Perlis

Satu disadvantage kepada Mr. Mama walaupun boleh duduk rumah jaga anak kecik adalah pada hari Jumaat sebab kena sembahyang Jumaat. Walaupun anak saya dah setahun setengah tapi saya rasa dia belum lagi sesuai untuk saya bawa ke masjid. Kalau dia ada kat depan saya takpe. Buatnya dia main kat belakang saya masa solat, saya yang tak tenang nak solat memikirkan dia je.

Kalau isteri abang ipar saya(aka biras) ada kat rumah, biasa saya akan hantar ke sana. Tapi semalam dia tak ada kat rumah. Jadi terpaksalah saya bawa sekali Faiq pergi ofis ummi dia. Sepanjang satu hari semalam kami berada di Kuala Perlis(ofis Aznor). Apa yang ada di ofis dia? Tak ada apa pun cuma ofis.

Kalau pergi ofis Aznor, saya akan bawa bola untuk Faiq main di sana. Walaupun tak berapa besar tapi masih cukup ruang untuk melakukan sepakan gaya Faiq. Apakah strategi yang saya gunakan supaya Faiq boleh duduk dalam ofis? Kenalah main dengan dia sekali supaya dia tak kacau kerja ummi dia.

Bila Faiq dah bosan main bola, kenalah ajak dia main benda lain. Macam kereta ke, bawa jalan-jalan ke, dalam hal ni sayalah yang perlu kreatif. Teknik ni tak sesuai untuk orang yang sibuk. Kalau sibuk, kenalah fikir cara yang lebih kreatif supaya anak tak kacau kerja kita.

Salah satu perkara yang saya buat supaya Faiq tak bosan, saya bagi dia makan. Kejap makan biskut, kejap makan roti, kejap makan ayam goreng. Tapi masih lagi orang kata Faiq ni kurus. Apa pula yang saya buat kalau Faiq dah mengamuk kat ofis? Biasa saya akan bawa dia naik kereta jalan tepi pantai kat Kuala Perlis.

Mengamuk tu ada 2 makna. Sama ada dia bosan ataupun dia dah mengantuk. Kalau dia mengantuk, dia akan tidur dalam kereta. Kalau dia tak mengantuk saya akan bawa dia main kat playground depan Brasmana Hotel. Luckily, jalan di Kuala Perlis bukanlah sibuk macam di Kuala Lumpur.

Rasanya memang tak sibuk langsung kecuali cuti sekolah. Sebab waktu cuti sekolah ramai nak bawa anak ke Langkawi dan diorang akan parking kereta di Kuala Perlis. Sampai kat playground, saya cuma kena tengok je lah Faiq nak main apa. Kalau tengahari pun kawasan tu tak berapa panas sebab banyak pokok dan tepi laut. Syok juga kadang-kadang sebab ada angin.

Mula-mula masa bawak dia main kat playground. Memang susah kalau nak ajak balik. Tapi sekarang kalau saya cakap “Jom balik!”, nanti dia tahulah nak masuk kereta. Macam yang saya cakap sebelum ni, cakap selalu dia akan faham. Mula-mula memang kena paksa sikit. Kena sabar.

Playground ni bersih. Dan kemudahannya terjaga. Sebab tu saya selalu bawa Faiq main kat sini. Dekat rumah saya kat Changlun walaupun ada playground tapi masa rumput naik tinggi, saya tak bawak dia main kat situ. Bila rumput dah dipotong, baru bawak dia main. Kalau ada kat Kuala Perlis tu cubalah bawa anak main kat sini. Recommended kalau tak nak bagi anak bosan.

  • Share/Bookmark

Apabila Anak Semakin Bijak

Sejak saya ambil keputusan berhenti kerja, sayalah yang mengasuh anak saya sendiri sejak umur dia 2 bulan sampai umur dia sekarang setahun setengah. Masa mula-mula mengasuh memanglah akan mengalami sedikit masalah sebab kurang pengalaman, ilmu dan satu lagi dulu saya memang jarang jaga adik. Hehehehe….

Kalau orang rasa jaga anak dan buat kerja rumah tu satu kerja yang mudah, saya ingin tekankan di sini bukanlah mudah seperti yang disangka. Bila anak dah pandai mengemas barang dan dah pandai berjalan, kerja kita akan menjadi berkali ganda. Nak kemas barang yang dia sepahkan, nak kejar dia lagi takut dia jatuh ke, nak bagi makan dan tukar baju pun kena kejar gak.

Menjaga anak memerlukan kesabaran. Saya memerhatikan anak saya banyak belajar sekiranya diingatkan berkali-kali. Mana-mana anak memang akan menunjukkan kenakalan(masa kita kecik pun nakal juga kan). Tapi kalau kita cakap berkali-kali, dia akan rekod sendiri cakap kita tu nanti dan ingat.

Mungkin perangainya takkan berubah dalam bulan yang sama. Mungkin bukan 3 bulan, mungkin bukan 5 bulan. Teruskan bercakap dengan anak supaya dia lebih ingat cakap kita. Mungkin ia akan ambil masa lebih 6 bulan untuk dia faham. Kalau pukul anak, mungkin dia akan cepat faham tapi kesan dia nanti dia pun akan memukul orang pula untuk memastikan orang faham cakap dia.

Jadi hati-hatilah sekiranya ingin memukul anak. Sebab anak belajar daripada apa yang dia nampak. Saya bersyukur sebab berpeluang mengasuh anak sendiri dan melihat dia membesar sendiri dengan tangan saya. Kepada kawan-kawan yang baru dapat anak, banyakkan bersabar dalam menjaga anak kay.

Ada juga sesetengah kawan yang mendapatkan nasihat daripada saya tentang penjagaan anak. Tapi apa yang saya boleh ceritakan adalah dari pengalaman saya sendiri. Apa yang kelakarnya, sampai sekarang saya tak pandai bancuh susu anak sebab anak minum susu ibu sepenuhnya sampai sekarang.

Kalau tanya saya, “Susu tepung mana yang paling bagus untuk anak?”, saya amat menyarankan susu ibu. Kalau saya kata anak saya tak pernah sakit maksudnya saya tipulah. Tapi apa yang saya nampak, anak saya tak ada masalah perut atau masalah penghadaman. Selamat menjaga anak!

  • Share/Bookmark

Malam tadi saya keluar sebab ada urusan. Balik rumah nak dekat pukul 11 malam dah. Sebab selesema, saya mudah rasa letih dan mengantuk. Memang mengantuk sungguh malam tadi. Balik je rumah saya basuh kaki lepas tu terus tidur. Selalu kunci jam sebelum tidur tapi kali ni memang lupa dan tak larat.

Tapi dapat juga bangun pukul 2.30 pagi sebab teringat semi final kedua World Cup(Germany vs. Spain). Dari bilik tidur, saya keluar ke ruang tamu rumah dan terus on TV. Lepas tu saya sambung balik tidur kat ruang tamu sebab nampak bantal. Jadi masa Germany vs. Spain tadi, TV je banyak tengok saya.

Saya cuma sedar bila dah minit ke 84. Masa tu tengok keputusan dah 1-0(Spain leading). Saya tersenyum sorang-sorang. Dalam hati macam tergelak sikit “Hahahaha…. Germany kalah!”. Dan sampai masa kecederaan pun keputusan tersebut memang tak berubah. Dah habis game saya cuma nak tengok je siapa yang score.

Terperanjat juga bila nama Puyol yang keluar. Puyol ni pemain pertahanan Spain tapi macam gila-gila sikit. Saya ingatkan dia score sepak dari jauh ke tapi bila tengok highlight, rupanya dia tanduk bola masuk gol. Kalau tengok kat TV, Puyol ni bukanlah tinggi sangat. Mungkin sebab dia bijak cari ruang.

Kadang-kadang teringat England suka gunakan Peter Crouch untuk bola tinggi depan gol. Saya tak nafikan percentage gol Peter Crouch memang banyak menggunakan kelebihan ketinggian beliau. Tapi kalau bola tak sampai, macam mana nak tanduk? Nasib Puyol kali ni ialah dia berada di tempat yang betul masa bola tu dihantar ke depan gol. 2 kali dia dapat peluang depan gol tapi satu yang masuk.

Pertemuan di peringkat akhir nanti adalah antara Belanda dan juga Sepanyol. Kali ni memang best sebab pasukan yang saya tak sangka masuk final boleh masuk final. Siapa yang akan menang World Cup agaknya kali ni? Habis dah cerita World Cup.

Tadi saya cuba reset modem Wimax, sekarang ni feedjit menunjukkan IP address saya adalah dari KL pula. Saya pun tak pasti kenapa IP saya tak mengatakan saya dari Kedah. Biarlah… Saya cuma nak orang tahu saya online dari Kedah. Hahahaha…

  • Share/Bookmark

Saya baru je masukkan feedjit ke dalam blog ni dalam 2 minggu lepas. Masa install plugin ni saya ada kat KL. Masa tu memang feedjit mengatakan saya online dari KL. Sekarang ni saya ada kat Changlun, Kedah tapi kenapa kat feedjit kata saya ni dari Johor? Jauh betul lokasi antara Johor dan Kedah.

Sejak sampai Changlun, hari ni baru hujan. Hujan sepanjang hari. Yang bagusnya saya tak adalah bazirkan letrik pasang air-cond kat rumah. Tapi bila hujan, kain baju tak kering. Selalu Changlun panas je. Kalau musim panas, 3 kali basuh baju pun boleh kering hari tu gak. Hujan rahmat. Saya tak payah siram pokok hari ni.

  • Share/Bookmark

Rasa Macam Ada Game Hari Ni

Hari ni saya kurang sihat. Bila masalah selesema melanda, segala kerja akan menjadi berat nak buat. Buat kerja sikit dah bersin. Lepas tu bersin lagi. Lama-lama pening kepala. Masalah resdung selalu macam ni lah. Rawatan dah macam-macam dah. Tapi masih lagi macam ni.

Kalau kawasan berhabuk lagilah. Terutama kalau kemas rumah. Kembang je hidung satu hari tu sebab selalu bersin. Lepas ni nak sambung tidur balik sebab dari pengamatan saya, tidur je yang boleh melegakan selesema ni. Kalau makan ubat selesema pun, lepas u mesti rasa mengantuk. Kesimpulannya, dia suruh tidur.

Tadi terjaga pukul 3 pagi jap. Bila terbangun, perkara pertama saya fikir “Hari ni hari apa?”. Bila saya yakin hari ni hari rabu, saya teringat kat TV kata semi final World Cup hari rabu. Tapi pukul berapa? Pagi ni atau malam nanti. Setelah berfikir lebih kurang 20 minit, saya gagahkan diri bangun dan buka TV.

Ternyata saya tidak silap. Perlawanan antara Belanda dan Uruguay tengah berlangsung. Masa saya on TV first half nak abis dah. Tak apalah. Ada lagi second half. World Cup ni saya tak suka tengok siaran ulangan. Kalau dah miss live game, saya cuma minat nak tengok keputusan je.

Belanda dah konfem masuk semi. Next match ni panas gak. Saya mesti tonton. Germany adalah team yang saya kagum dengan cara permainan berpasukannya. Tetapi di Spain saya lebih meminati Torress dalam permainan individu. World Cup kali ni memang dia kurang menyerlah macam Messi. Tapi bila game Germany lawan Spain yer? Saya cuma tahu hari rabu. Malam ni kot.

  • Share/Bookmark

Sampai juga ke rumah petang semalam. Sekarang ni saya dah berada di Changlun untuk meneruskan kerja sebagai seorang Mr. Mama. Pagi ni wife ada Majlis Sambutan Siswa di UniMap. Jadi mungkin dia akan busy menjaga student-student yang baru masuk. Tahniah kepada student-student yang baru menjejakkan kaki ke universiti. Belajar rajin-rajin demi menjaga amanah mak ayah.

Sebelum sampai rumah semalam saya singgah ke rumah abang ipar yang jaraknya tak sampai ‘sebatang rokok’. Sepanjang 2 minggu saya tak ada kat rumah, dialah jadi penjaga rumah(bukan guard). Kalau pokok kering dia akan tolong siramkan, kalau ada surat dia tolong simpankan. Untung tinggal dekat dengan rumah sedara. Sekurang-kurangnya ada orang tolong tengok.

Abang ipar saya cerita dia tak sempat selamatkan surat-surat yang sampai 2 hari lepas sebab hujan lebat. Jadi basahlah surat-surat tu. Dalam hati kata “Surat tak penting kot yang basah tu”. Sampai je rumah saya nak tengok juga surat apa yang basah. Salah satunya adalah cek yang saya dapat dari Trafficwave.

Saya bukalah cek tu cepat-cepat untuk memastikan cek tersebut tak rosak. Syukur sebab tulisan dalam cek tu masih lagi elok dan saya rasa diterima oleh pihak bank. Dalam bulan 6, ini adalah cek yang kedua saya dapat. Saya pun pelik kenapa dapat 2 cek dalam satu bulan. Saya ingatkan dia akan bagi setiap sebulan.

Kepada yang tak tau apa tu Trafficwave, silalah rujuk ke laman web ini. Setakat ni 2 cek yang saya dapat bulan 6 belum lagi saya masukkan ke dalam akaun bank saya. Nasib baik ada tempoh 90 hari.

  • Share/Bookmark

Penghinaan Kepada Argentina

Baru lepas menonton game Argentina vs. Germany. Satu keputusan yang tidak disangka iaitu Argentina kalah 4-0. Sebagai salah satu pasukan bola sepak gergasi dunia saya rasa kekalahan ni macam satu penghinaan juga sebab jumlah bolosnya yang tinggi. Saya menyokong Argentina sebenarnya.

Tapi sejak dari awal game, saya memang tak minat tengok cara Argentina main. Nak komen sikit.

a) player Argentina banyak main sorang terutama Tevez

b) cara permainan Argentina tak begitu open, mungkin sebab defend Germany kuat sangat kot

c) Argentina banyak attack dari tepi tapi bola tak sampai ke tengah, macam mana nak gol?

d) Defend Argentina terlalu banyak lubang

e) Defend Argentina suka pass bola dekat kawasan defend masa opponent ada kat tempat diorang, punca kelalaian defender banyak menyebabkan bola dapat kat Germany balik

Tu je kot untuk komen Argentina. Sekarang ni komen saya untuk Germany pula

a) Lahm adalah seorang pemain yang laju

b) Schwensteiger smart player

c) Cara permainan Germany menunjukkan diorang main berpasukan dan lebih open dari Argentina

d) Defend power  jugak kot

Kalau tengok komen memang nampak macam saya sokong Germany tapi saya suka Argentina sebab Messi main. Messi pun banyak main sorang tapi dia banyak buka peluang gak. Mungkin ada Maradona salah buat strategi kot menjadi punca kekalahan. Banyak faktor kenapa Argentina kalah malam ni.

Nampaknya ramalan sotong mengenai kemenangan Germany memang tepat. Lepas ni mesti diorang jadikan sotong tu sebagai peramal World Cup akan datang. Brazil dah kalah. Argentina dah kalah. England dah kalah. Portugal dah kalah. Semua player yang masuk iklan komersial semua dah kalah. Ronaldo, Messi dan Lampard, semua tu model iklan.

Sebelum tengok game Spain, saya nak siapkan Shopping Cart Cloth Diaper store.

  • Share/Bookmark

Road Block Kat DUKE

Sekarang ni saya berada di Ipoh. Tengahari tadi gerak dari KL. Sebelum gerak ke Ipoh kami singgah ke Lunatots untuk amik stok cloth diaper yang baru. Terjumpalah owner lunatots iaitu Kak Suraya. Mula-mula masuk dia tak berapa cam. Bila saya cakap saya ni reseller dari Perlis, baru dia cam. Saya kata tak cam mungkin sebab dah gemuk kot. Hehehe…

Aznor tak naik kedai sekali sebab Faiq baru tidur. Kalau kejut dia kang mengamuk pula. Lepas beli kami terus gerak ke Ipoh. Kami tak lunch lagi walaupun dah pukul 1. Aznor bagitau mama dia dah masak untuk lunch kitorang. Jadi saya tak jadi berhenti mana-mana untuk makan.

Saya sampai Ipoh dalam pukul 4 tadi. Yang buat lambatnya sebab jalan MRR2 tu jem teruk. Dari MRR2 saya masuk ke highway DUKE. Masa dah kat highway DUKE tu ada kereta kat opposite site naik lampu. Dalam hati kata “Ada road block ke?”. Saya jalan je dengan 80 km/j.

Dah boring drive slow-slow tiba-tiba rasa nak pecut pula kereta Grand Livina kat depan. Bila tgh pecut tu elok je saya nampak ada mamat bertenggek kat celah-celah tiang tengah menembak speed trap. Masa tengah pecut tu saya break. Hahaha… Cuba maintain 90 km/j.

Dah lepas mamat yang bertenggek tu, saya nampak sign had laju tak lebih 80 km/j. Alamak! Tadi saya drive 90 km/j. Kalau ada road block kat depan tu mesti kantoi. Memang betul pun ada road block. Nampak polis tu check kat kertas dia bila kereta saya lalu. Berdebar-debar ni…

Lepas tu dia bagi isyarat “JALAN!” Huhuhuhu… Lega…. Bukan apa, saman satu hal. Sekarang ni kalau baca kat forum ramai tak dapat renew road tax sebab saman tak bayar. Masalahnya bukan saman yang kena sign tu. Saman ekor pun diorang suruh bayar sekarang. Perkara ni bukan saya baca kat forum je tapi abang ipar saya pun tak lepas renew road tax baru-baru ni sebab tak bayar saman. Saman ekor juga.

Siapa yang renew road tax tak lepas tahun ni sebab saman ekor? Kalau baca kat forum memang ramai. Ada yang kena bayar sampai RM2000 pun ada sebab nak bagi lepas syarat renew road tax.

  • Share/Bookmark

Amik Stok Baru Cloth Diaper

Hari ni nak balik ke Ipoh lak. Sebelum balik Ipoh nak singgah Cheras dulu sebab nak amik stok cloth diaper yang baru. Bukan sebab stok yang ada tak cukup tapi ada customer yang dah bayar tapi warna yang dia nak tak ada. Jadi saya dan wife nak amik warna cloth diaper yang dia nak tu kat Lunatots Cheras.

Customer tu tinggal kat Nibong Tebal. Jadi sebelum balik ke Changlun esok bolehlah singgah rumah customer bagi cloth diaper tu. Dah lama tak amik stok baru cloth diaper ni sebab marketing tak buat, sales pun tak adalah. Sebab cloth diaper ni tahan lama, jadi bila kawan-kawan terdekat semua dah beli, kenalah explore market lain.

Saya akan cuba marketkan cloth diaper ni melalui internet nanti. Nama domain dan webhosting dah beli dah. Cuma tak setup cantik-cantik lagi kedai cloth diaper online. Mula-mula dulu ada juga terasa nak stop jual cloth diaper ni sebab komitmen tinggi. Tapi tengok wife semangat nak teruskan, saya tolong buatkan satu kedai cloth diaper online untuk dia.

Pakai cloth diaper ni kena rajin. Kena basuh, kena jemur, kena lipat dan simpan cloth diaper ni lagi. Jadi dari pengalaman menjual cloth diaper ni, biasa ibu bapa yang sibuk, diorang tak minat. Tapi kalau jenis orang yang memang nak jimat belanja pampers, memang diorang akan beli 10-20 set cloth diaper sekali.

Beli sekali tapi boleh tahan sampai anak umur 2-3 tahun. Komitmen tinggi sebab amik stok kat KL dan kesedaran tentang penggunaan cloth diaper ni masih lagi kurang. Jadi setiap kali nak menjual tu kena cerita balik dari cara guna, cara basuh dan cara pakai. Lepa ni agaknya saya kena buat satu video kot macam mana nak gunakan cloth diaper.

  • Share/Bookmark

Ip Man 2: Patutkah Saya Beli?

Masa pergi ke Carrefour Ampang tadi ternampak ada satu tempat tu jual CD Ip Man 2(original punya). Ip Man yang pertama saya dah tengok dan cerita dia memang menarik. Oleh kerana saya sendiri peminat seni mempertahankan diri. Cerita-cerita macam tu memang saya suka tengok.

Lama juga saya di depan CD Ip Man 2 tu. Dalam hati kata “Nak beli ke tak nak?”. Nak beli sebab nak tengok. Tak nak beli sebab tak ada dalam bajet. Last-last saya buat keputusan tak jadi beli. Manalah tau ada kawan yang dah beli macam Ip Man 1, boleh pinjam. Hehehe…

Ada sesaper dah beli?

  • Share/Bookmark

Laporan PERCUMA

ebook
Download Laporan Ekslusif ini secara PERCUMA.
Isikan Nama dan Email anda di bawah untuk mendapatkannya.
Nama
Email

Arkib

Spam

BlogMalaysia.com