Mari Bersantai Dengan Blogging
3 Jul
Satu kejutan dalam Piala Dunia kali ni. Brazil kalah kepada Belanda 2-1. Satu keputusan yang agak mengejut saya rasa. Sayang saya tak dapat saksikannya secara LIVE sebab nak tidurkan anak yang susah nak tidur. Akhirnya anak tidur juga. Tapi bila buka V balik, game dah habis.
Tahniah buat Belanda. Saya jangkakan Brazil akan menang berpandukan game yang telah saya tengok sebelum mereka kalah. Dari segi permainan saya rasa diorang control game. Tapi kadang-kadang nasib juga memainkan peranan penting juga dalam bola sepak ni. Ada bagusnya juga Brazil kalah. Bagilah peluang kat team lain menang pula kali ni.
Saya kurang senang dengan aksi Dunga yang nampak macam terlalu taksub nak menang. Boleh nampak muka dia marah-marah kalau anak buah dia main tak betul. Saya suka tengok jurulatih Jepun, cool je walaupun team dia kalah. Anyway, it’s a game. Mesti ada menang kalah. Kenalah terima hakikat.
2 Jul
Hari ni saya dapat assignment daripada mak. Dia minta saya belikan telur 3 papan. Dia kata harga semasa telur sepapan dalam RM9 lebih. Dia suruh saya pergi Top Zeller kat Bandar Baru Ampang, tapi saya kata saya nak tengok dekat Carrefour Ampang dulu. Sebabnya sebab area Carrefour lebih kurang kereta dan kurang sibuk.
Jadi saya pun masuklah ke Carrefour dan cari telur. Telur kat Carrefour ada 3 grade. Gred A, Gred B dan Gred C. Saya tak pasti berapa harga Gred A sebab saya nampak harga dia RM9.++. Harga telur gred C saya tengok tadi RM9.05. Tapi yang saya pelik kenapa harga telur gred B RM7.99.
Tanpa membuang masa saya amik terus 5 papan walaupun mak suruh beli 3 papan je. Tapi saya minta cashier tu scan dulu sebab saya nak konfem harga dia sepapan RM7.99. Bila dia scan, memang betul pun harga dia RM7.99. Jadi saya kata konfem nak amik lagi 4 papan.
Saya bawalah balik rumah 5 papan telur gred B. Bila sampai rumah, mak saya tanya “kenapa tak beli lebih?”. Saya ingatkan beli 5 papan dah lebih dah. Petang tu mak saya minta beli lagi 6 papan. Saya pun pergi lagi ke Carrefour petang tu. Kali ni saya pergi counter yang lain dari yang saya pergi pagi tadi. Tapi cashier counter tu sama dengan cashier counter pagi tadi.
Jadi bila dia tengok saya beli telur lagi, dia sengih-sengih. Huhuhu… Kantoi asyik beli telur je. Mak kita meniaga kuihlah. Kenalah beli telur banyak-banyak. Tapi yang saya heran kenapa telur gred B ni banyak sangat stok? Dan kenapa harga dia lebih murah dari gred C. Ada jawapan yang best tak?
1 Jul
Petang-petang tadi bila baru nak buat kerja dapat SMS dari customer. Customer kata dia nak tangguh pelancaran produk beliau. Jadi dia suruh saya buat keje slow-slow. Bila dah dapat SMS tu terasa berat pula nak buat keje. Lepas tu ada kawan kat YM pula kata nak minta tolong edit gambar untuk dia jual.
Ada dalam 9 gambar semuanya. Mula-mula tu rasa macam nak tangguh dulu sebab maghrib pun dah dekat. Tapi dia kata nak sebelum malam esok. Jadi saya buat terus. Saya ingatkan akan ambil masa yang lama. Tapi bila siap edit gambar pertama terus saya tunjuk kat dia.
Dia kata OK. Jadi saya terus edit gambar yang seterusnya. Tak sedar pun saya dah selesai edit 9 gambar tu sebelum pukul 8. Rasanya kawan saya ni akan jualkan produk tersebut dalam masa terdekat ni.
1 Jul
Baru balik dari Low Yatt Plaza. Macam biasalah kawasan Bukit Bintang tu. Sentiasa jem dan membuatkan sesiapa yang lalu situ boleh tertekan. Tapi nak buat macam mana? Matlamat nak pergi Low Yatt, tak lalu jalan Bukit Bintang tu memang tak sampailah Low Yatt. Tadi pergi kira tak ramai orang lagi. Kalau pergi hari ahad lagi crowded agaknya.
Hasilnya, kami berjaya beli sebuah printer All in One jenama Canon model Pixma MX347. Boleh scan, boleh print, boleh photostat, boleh guna untuk fax. Dan yang paling best boleh di WIFI kan. Tak perlu connect cable kalau nak print dari laptop. Cuma link kan WIFI nya saja.
Ingat nak beli model 357 tapi kami tengok pada keperluan dan harga, akhirnya kami pilih model 347. Model 357 ada tambahan memory card reader dan juga skrin untuk tengok document yang telah di’scan’.
Satu kelemahan model 347 ni tak ada telefon dengan mesin fax. Selalu mesin fax ada telefon sekali tapi model 347 dan 357 tak ada telefon. Tapi salesman tu bagitau boleh tambah telefon sebagai external. Kotak pun belum buka lagi. Nanti dah pasang semua siap mungkin saya boleh terangkan lebih detail kot.
1 Jul
Hari ni Aznor dah start cuti dari kursus. Hari sabtu nanti kitorang balik Ipoh lak. Jadi tinggal esok dan lusa je lah kitorang akan berada di KL. Tinggallah nenek dan atuk Faiq berdua kat rumah. Sebab adik bongsu saya dah masuk universiti. Sebelum ni adalah bertiga. Nasib baik ada adik yang no. 2 tinggal kat KL. Dapatlah tengok-tengokkan parent.
Umi Faiq tak boleh lari mana-mana hari ni sebab Faiq asik nak melekat kat Umi dia je. Mungkin sebab sebelum ni Umi dia sibuk dengan kursus agaknya. Bila Umi dah cuti, Faiq memang tak boleh tengok Umi dia jauh sikit. Kebaikan untuk saya ialah saya boleh buat kerja.
Lepas ni nak pergi Low Yatt Plaza. Nak survey printer yang digabungkan sekali dengan mesin fax. Kalau harga menarik, boleh beli. Camane pun Aznor yang akan buat keputusan sama ada nak beli ke tak sebab dia yang akan bayar. Hehehehe…
Lama tak pergi Low Yatt. Salah satu perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum pergi Low Yatt adalah adakah saya sabar dengan traffic jam kat kawasan tu. Harap Tak teruk sangat jem hari ni. Nak pergi sebelum tengahari dan balik sebelum pukul 4 petang. Rasanya waktu tu bukan peak time.
30 Jun
Akhirnya hari ni Aznor dah habis kursus. Dapatlah saya cari pengganti untuk orang jaga Faiq. Siapa lagi? Umi Faiq lah. Ada beberapa kerja yang perlu saya lakukan dan semuanya kerja yang berkaitan dengan customer.
1) Ada 7 email follow up yang kena siap sebelum hujung minggu ni.
2) Ada satu salesletter yang kena siap sebelum hujung minggu ni.
3) Ada produk digital yang kena bagi review/testimonial sebelum jumaat ni.
Dengan kerja yang ada sekarang, minggu depan dah ada customer book nak buat design.
1) Design minisite
2) Design untuk blog wordpress
Bukannya komplen tapi bersyukur ada juga orang nak bagi upah untuk saya yang Full Time Mr. Mama ni. Sebenarnya dah daftar perniagaan untuk bisnes internet guna alamat rumah. Website dah ada tapi rasa buruk sangat. Lepas ni kena ubah kot website tu. Tapi dengan kerja yang ada sekarang memang tak ada masa nak design website sendiri.
Itulah rasanya luahan perasaan hari ni. Jumpa lagi.
30 Jun
Dah lama sungguh tak update blog ni. Sebenarnya dah agak down juga untuk update tapi baru-baru ni dapat komen dari pembaca blog, baru terasa nak update balik. Insya-Allah saya akan aktif balik untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam blog ni.
Saya baru je menonton Jepun lawan Paraguay dan menyaksikan wakil terakhir dari Asia ni juga tewas dalam sepakan penalti. Penali biasanya bergantung kepada nasib berbanding bermain di padang. Dalam kes ni saya rasa Jepun tak ada luck tahun ni. Tak apa, cuba lagi tahun depan.
Saya berada di KL ni. Di rumah orang tua saya di Ampang. Isteri saya kursus di Shah Alam. Sebab saya bukanlah bekerja makan gaji dan cuma kerja di internet je, jadi saya ikut sekali sambil-sambil jaga Faiq yang dah mencapai umur setahun setengah. Malam ni dia duk dengan umi dia kat apartment tempat peserta kursus menginap.
Terpaksalah Faiq tidur kat apartment tu sekali sebab susu tak cukup untuk jaga Faiq malam ni. Maklumlah, menyusu badan. Esok umi Faiq akan ada exam. Jadi pagi-pagi lagi dah kena gerak ke Shah Alam untuk amik Faiq balik. Begitulah keje saya tiap-tiap hari.
Semalam dengan hari ada accident masa saya nak pergi ke Shah Alam. Moga saya dijauhkan dari sebarang kemalangan. Amin.
9 Jan
Dah lama saya tak update blog ni. Saya memang sengaja menyendiri sebab baru siapkan projek pertama saya sebagai usahawan internet. Kalau saya update je blog. Takut tak siap kerja. Banyak nak diupdate dalam blog tapi demi menjaga disiplin masa, saya gagahkan diri habiskan kerja saya.
Saya baru siapkan satu ebook dan boleh didownload secara percuma. Laman web dia pun saya yang buat. Tajuk ebook saya ni Panduan Usahawan Prepaid. Saya dah menjual prepaid selama lebih 2 tahun. Jual prepaid ni mudah tapi tak ramai yang lama dalam perniagaan prepaid sbb margin keuntungan dia kecik.
Permintaan prepaid mmg tinggi. Jadi dalam panduan tu saya buka sikit minda macam mana kita nak jadikan prepaid sumber pendapatan yang lumayan. Kalau nak membentuk perniagaan, yang penting istiqamah, sabar. Kalau nak buat duit, biasanya duit tu dapat byk tapi kejap je.
Buat duit adalah berbeza dengan perniagaan. Biar duit masuk sikit tapi berterusan. Bak kata pepatah ‘Sikit-sikit, Lama-lama jadi bukit’. Jemput download ebook saya ni. Percuma je. Panduan Usahawan Prepaid.
27 Dec
25/12/09 yang lepas genaplah setahun umur Ahmad Faiq Bin Mohd Fazli Izwan. Kami masih berada di KL semasa hari jadi Faiq. Kebetulan Aznor dah habis kursus masa hari tu. Kami pun makan bersama nenek, atuk, mak ngah, pak ngah dan pak busu Faiq di restoran kegemaran pak busu iaitu Cozy House di Great Eastern Mall.
Apa yang spesial tentang birthday Faiq kali ni? Dari saya? Saya kurang sikit bab bagi-bagi hadiah ni. Bagi saya, saya bersyukur tak terhingga ke hadrat Ilahi kerana membenarkan kami menyambut hari jadi bersama anak tersayang. Aznor ada belikan baju baru. Nenek Faiq ada beli kek. Mak ngah Faiq belikan kereta baru untuk Faiq. Atuk belikan bola(sebelum hari jadi dah beli dah).
Banyak hadiah-hadiah Faiq yang dibawa balik ke Changlun tapi satu pun tak bawa balik kecuali kek sebab kereta dah penuh. Tinggallah kejap. Nanti kami datang lagi ambil.
19 Dec
Dah seminggu saya ada di KL ni. Faiq asyik duduk di rumah saja. Isteri saya, Aznor duduk di apartment di Shah Alam dan balik bila free saja. Di apartment tu ada swimming pool. Bila saya pergi apartment tu, swimming pool mesti kosong(tak ada orang, bukan tak ada air). Jadi saya terfikir nak bawa Faiq mandi.
Pagi tadi tercapailah hasrat saya bawa Faiq mandi kolam. Kali ni kelengkapan mandi semua dah siap beli(sebelum ni pinjam sepupu Faiq punya je). Itu je saya nak cerita kali ni. Hehehe…
Komen Terkini