Langgan Blog

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Cari Artikel
Pelawat
Tanya Secara Online
Ebook Percuma
Ebook Percuma Lagi?
Name:
Email:

Daftar Air dan Letrik

Hari ni saya dan isteri serta anak(kenalah bawa sekali) pergi ke Jitra atas satu sebab iaitu mendaftarkan air dan letrik di rumah baru kami di Changlun. Saya ke sana agak lewat sebab membantu seorang kawan yang baru menyertai saya dalam HyproBulkSMS.

Hyprobulksms

Apa yang saya nak cerita mungkin boleh jadi panduan pada orang yang nak beli rumah. Saya pun tak tahu macam-macam kena buat lepas beli rumah. Sebelum ni sewa je. Bila dah beli ni, banyak perkara yang perlu diuruskan. Apa yang saya tahu bila dah beli rumah kita kena daftar untuk letrik dan air atas nama kita.
Untuk daftar letrik kita perlu pergi ke cawangan TNB(bukan pencawang ye) terdekat. Dokumen yang perlu disediakan ialah:
1) salinan surat perjanjian jual beli
2) setem hasil RM10
3) deposit RM210
4) salinan I/C tuan rumah
5) salinan I/C saksi(bawa seorang saksi masa nak daftar)
Saya sampai agak pejabat TNB tu agak lewat. Pejabat tutup pukul 4.45 petang tapi saya sampai lebih kurang pukul 4,.30 petang. Cuma payment je tak sempat. Sistem dah tutup. Tapi kerani tu masih lagi terima payment kami. Cuma dia kata ambil resit kemudian.
Lain pula ceritanya dengan JBA Jitra. Untuk register air di JBA(saya andaikan semua tempat sama je, kalau lain bagitahu yer), dokumen berikut diperlukan:
1) salinan surat perjanjian jual beli
2) deposit RM150
3) salinan I/C tuan rumah
Itu saja yang diperlukan. Kami lewat juga daftar air masa tu. Pejabat tutup pukul 4.00 petang. Masa nak buat payment tu masa dah lebih sikit dari 4 petang. Jadi kerani tu tak terima duit. Dia kata sistem dah off. Dia suruh datang lagi untuk buat pembayaran. Ada sikit frust di situ.
Bagi saya yang datang jauh dari Perlis ke Jitra(tak lah jauh sangat tapi boleh tahanlah), sepatutnya dia boleh ambil payment tu dulu dan setelkan pagi esok. Saya respek macam yang kerani TNB tu buat, tak menyusahkan orang. Dia terima payment dulu. Kita cuma perlu ambil resit je kemudian.
Di JBA Jitra ni, dah elok-elok tulis nama semua. Bila nak buat payment je dia suruh datang esok. Jadi frustlah sikit. Sekurang-kurangnya terimalah payment tu dan bagi resit sementara. Nanti kami ambil resit yang betul kemudian macam yang TNB tu buat.
Dalam memberikan servis ni, ada orang hanya cukup sekadar bagi servis tapi menyusahkan orang. Ada sesetengah orang pula sentiasa memikirkan bagaimana untuk memudahkan pelanggan dalam memberi servis. Mungkin ada kawan-kawan yang pengalaman yang boleh diceritakan di ruangan komen tentang servis ni.

  • Share/Bookmark

This website uses IntenseDebate comments, but they are not currently loaded because either your browser doesn't support JavaScript, or they didn't load fast enough.

2 Responses to “Daftar Air dan Letrik”

  • izza says:

    utk pengetahuan semua..kaunter bayaran government mmg akan ditutup pada pukul 4.00. Jadi sebarang pembayaran mesti dibuat sebelum pukul 4.00 pm..
    Utk berurusan dgn govern memerlukan byk kesabaran dan tak perlu marah diaorg sbb "mentaliti nye mmg sukar diubah"..marah ke tak ke sama je..pastu anda akan menjadi bahan umpatan mereka selama-lamanya..(pengalaman berurusan di kaunter kerajaan, Pusat Bandar Damansara)

Leave a Reply

Spam Protection by WP-SpamFree

Ruangan Iklan
Sudut Teknikal
Sudut Buat Duit
Sudut Perniagaan

Hyprobulksms

Sudut Penjimatan