Mari Bersantai Dengan Blogging
15 Jul
Sekarang ni memang ramai yang nak buat duit di internet. Saya pun mencari duit di internet. Namun ada beberapa etika yang saya biasa praktikkan untuk memastikan saya on the bisnes line, bukan sekadar buat duit. Bisnes memang boleh menghasilkan duit tapi tak sama dengan buat duit sahaja.
Sekiranya kita nak mempromosi sesuatu ke email orang lain, kita perlu minta izin sebelum tu kerana ada sesetengah orang tak suka ada orang spam email diorang. Bagaimana nak mendapatkan persetujuan, kita gunakan autoresponder ataupun feedburner kalau untuk blog.
Macam mana kedua-dua ni berfungsi? Dengan autoresponder, kita masukkan opt-in form ke dalam website. Sekiranya pengunjung memasukkan opt-in form dengan nama dan email mereka, bermaksud mereka bersetuju untuk menerima email daripada kita. Ianya juga bergantung kepada persetujuan yang telah dicapai sebelum mengisi opt-in form tersebut.
Dengan menggunakan feedburner, pengunjung hanya perlu masukkan email saja dan setiap kali blog kita di’update’, secara automatik feedburner akan menghantar informasi dari blog kita ke email mereka. Kalau di Facebook, lain pula caranya. Saya tak dapat terangkan secara detail di sini kerana terlalu panjang untuk satu post.
Beberapa hari lepas saya telah menerima satu SMS seperti yang saya tunjukkan pada gambar di atas. Sesungguhnya saya tak pernah pun mendaftar untuk masuk ke dalam program berkenaan. Tapi ada orang yang menggunakan maklumat diri saya dan mendaftarkan nama saya tanpa meminta izin.
Mungkin program atau syarikat tersebut tak salah pun. Cuma orang yang melakukannya tidak bertanggungjawab. Ada beberapa contoh lagi. Saya tunjukkan di blog saya kerana mudah di’visual’kan. Sebelum ni saya pernah terima call yang kata nama saya dah didaftarkan untuk sebuah insuran pada hal saya tak pernah pun daftar untuk insuran tersebut.
Dalam suratkhabar pun dah macam-macam perkara terjadi. Ada yang dapat bil telefon yang tertunggak beribu ringgit tapi dia tak pernah guna pun. Jadi ini adalah pencerobohan sebenarnya. Jadi berhati-hatilah di luar sana.
Leave a reply